Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 16, 2021 @ 11:31pm

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Kluster baharu COVID-19 yang muncul di Terengganu berpunca daripada aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, iaitu 11 ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

“Hasil pertemuan hanya untuk ‘kirim’ duit kenduri serta cendera hati telah menjangkiti kawan baik. Kawannya itu pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah,” katanya dalam satu paparan di laman Facebooknya, semalam.

“Jadi apa iktibar kisah-kisah ini? Adanya rentas negeri dan perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP. Jika SOP dipatuhi, tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun, ia sangat minimum dan bukan kluster besar sebegini.

“Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja. Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan,” katanya.

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah kluster komuniti yang membabitkan daerah Dungun. Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

– BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Featured Mon, 7 Nov 2022

[VIDEO] Tak Tertekan Soal Jodoh, Elfaeza Ul Haq Syukur Dihindari Maksiat – “Saya Tak Gemar Lelaki Suka Saya..”

Elfaeza tenang belum bertemu jodoh meskipun usia menghampiri 40 tahun ❤️

Featured Wed, 13 Jul 2022

[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Tak ada angin, tak ada ribut tiba tiba muncul desas desus sebegini. Jangan terus mendakwa, dengar dulu apa kata tuan badan ya ☺️

Featured Thu, 22 Sep 2022
Trending Fri, 31 May 2019
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Trending Mon, 10 Dec 2018

“Rindu Sebagai Seorang Kawan” – Sharifah Rose

Sudah berdamai, namun bukan kembali bercinta dengan Ismail Izzani.

Featured Fri, 16 Aug 2024
error: Content is protected !!