Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2023 @ 1:08pm

Tak Pernah Ditipu Penganjur, XPDC Kongsi Tips… Minta Wang Pendahuluan 50 Peratus Sebelum Buat Persembahan!

Kumpulan rock otai, XPDC bersyukur sepanjang tiga dekad bergelar anak seni, mereka tidak pernah berdepan dengan masalah di tipu oleh pihak penganjur.

Menurut Zuar selaku pemain gitar, meletakkan syarat dengan meminta wang pendahuluan sebanyak 50 peratus sebelum membuat persembahan adalah kunci utama mengapa kumpulan XPDC  tidak pernah berdepan dengan insiden sedemikian.

“Jika mahu kami buat  persembahan kena bayar 50 peratus dahulu daripada harga yang dipersetujui. Sebab itu kami tak pernah kena tipu. Sebab kami sangat tegas dengan prinsip tersebut.

“Kami tidak memilih cuma kami bukan orang baru dalam industri ni. Kalau nak kami buat promosi ada deposit baru kerja jalan sama juga dengan buat persembahan,” katanya.

Zuar mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada sidang media Search Voyage Of Asia dan Hari Rock Negara Edisi Selatan baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut mengenai konsert yang akan diadakan pada 25 November nanti, Zuar mmemaklumkan, kumpulan XPDC hanya tampil sebagai artis jemputan sahaja memandangkan mereka bersimpati terhadap insiden yang menimpa penganjur konsert, C&M Music Centre yang telah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, mereka juga hanya tampil selama 45 minit sahaja bagi membuat persembahan pembukaan pada konsert tersebut.

“Kami ada dengar  penganjur ada masalah, tapi kami tetap bersetuju. Sebenarnya untuk sidang media konsert ini juga tidak ada dalam perjanjian, tapi kami tetap rela hati datang sebab mahu bantu mereka. 

“Disebabkan kami simpati mereka tertipu, jadi kami tetap bekerjasama. Sebenarnya, tawaran untuk buat persembahan pembukaan konsert ini  sudah diberikan pada awal tahun ini tapi saya tengok promosi tidak berjalan dan timbul masalah terhadap jualan tiket.

“Disebabkan perjanjian kami sebegitu, maka tidak ada persembahan bersama Search. Kami hanya buat apa yang diminta sahaja,” ujarnya.

Sekadar info, bagi mengenang kesusahan dan penderitaan saudara Muslim di Gaza, pihak penganjur turut bekerjasama dengan Syria Care bagi sama-sama mengutip sumbangan bagi tabung Search XPDC Voyage Of Asia For Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN:XPDC ‘Friendly’ Tak Pilih Tawaran Menyanyi, Aktif Buat Persembahan Di Tapak Karnival –  “Kalau Nak Tunggu Konsert Kami Nak Makan Apa?”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Tahniah…Nina Iskandar Bakal Jadi Ibu!

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh hamil. Tahniah Nina dan suami!  

Featured Mon, 15 Dec 2025

“Sekarang Nak Cari Wife Yang Pandai Potong Bawang & Lipat Baju Pun Susah”- Fazley Yaakob

Fazley membandingkan nasihat orang tua terdahulu dengan situasi generasi hari ini yang menurutnya semakin berbeza.

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Single Rancak Dengan Mesej Kerohanian..” – Selepas Setahun, Zayne Tampil Dengan Kaulah Cinta

Kumpulan Zayne yang mempertaruhkan genre nasyid dan ketuhanan tampil dengan single kedua mereka berjudul Kaulah Cinta. Zayne yang dianggotai oleh empat jejaka iaitu Furqan Fawwaz, Abdul Basit, Naufal Azrin dan Mateen Yaaqub ini melancarkan buah […]

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Beruntung Sungguh…Neelofa Tunai Haji Kali Kedua

Neelofa bakal menunaikan ibadah haji buat kali kedua.

Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Mia berkata, dia turut bertanya kepada Leona mengenai cara berdepan kecaman

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
error: Content is protected !!