Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2023 @ 1:51pm

XPDC ‘Friendly’ Tak Pilih Tawaran Menyanyi, Aktif Buat Persembahan Di Tapak Karnival –  “Kalau Nak Tunggu Konsert Kami Nak Makan Apa?”

Kumpulan rock terkenal XPDC mengaku artis legenda seperti mereka sudah tidak lagi mempunyai keistimewaan untuk memilih tawaran nyanyian.

Justeru, mereka lebih bersikap ‘friendly’ termasuklah menerima tawaran menyanyi di tapak-tapak karnival.

Menurut Zuar atau nama penuhnya, Azuar Md Tasi selaku pemain gitar, mereka sudah menganggap kerjaya nyanyian ini sebagai sumber pendapatan mereka.

“Dari dulu kami jenis friendly, kami tidak memilih tawaran nyanyian yang diberikan.

“Pada kami, muzik ini sudah menjadi pekerjaan kami sebab kalau nak tunggu konsert setahun sekali kami nak makan apa?

“Sekarang ni kami bukan raja funfair, sekarang raja karnival dah,” katanya.

Zua berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Search Voyage Of Asia Dan Hari Rock Negara Edisi Selatan yang diadakan di Atria Shopping Gallery, Damansara pada Selasa.

 

Selain itu, Zua memaklumkan, mereka melakukan persembahan di tapak karnival sebagai salah satu cara untuk mereka membantu golongan peniaga di samping menarik pengunjung datang.

“Dengan membuat persembahan di tapak karnival, sedikit sebanyak kita dapat menarik pengunjung datang sekaligus dapat membantu peniaga.

“Bahkan kedai mamak di sekeliling kawasan yang tak bayar tapak pun laku disebabkan ramai pengunjung. Malah feedback yang kami terima ramai cakap jualan mereka laku.

“Jadi kami harap ini salah satu cara untuk bantu golongan peniaga terutamanya peniaga Melayu,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran vokalis baru mereka iaitu Ary, Zua mengaku wujudnya keserasian antara mereka sebelum arwah Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir lagi.

Malah, Ary juga sudah banyak melakukan persembahan bersama kumpulan XPDC termasuklah menggantikan arwah ketika keadaan kesihatannya tidak stabil pada ketika itu.

“Alhamdulillah, Ary memang serasi dengan kami. Malah, ketika arwah Mael masih ada dan tak dapat buat persembahan maka Ary lah yang akan menggantikannya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan XPDC bakal menganjurkan konsert bersama Search dalam Search Voyage Of Asia Dan Hari Rock Negara Edisi Selatan yang diadakan pada 25 November ini.

Konsert yang berlangsung di Educity Sports Complex Johor Bahru itu turut menawarkan jualan harga tiket serendah RM98 (Voyage Zone)  sehingga rm398 (VIP Zone)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Nov 2021

Tular Video Lelaki B*gel Panjat Lori, Siap Beraksi Seperti ‘Spiderman’ Di Tengah Jalan

Sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki berbogel bertindak memanjat bahagian cermin depan sebuah kereta lori seperti ‘Spiderman’ viral di aplikasi Facebook pada Sabtu. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama […]

Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Featured Tue, 12 Jul 2022

Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

Setiap orang kan ada cita rasa berbeza-beza, kenapa perlu bandingkan? 🤔 Enjoy je la pakai inai hehe

Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.