Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 9, 2023 @ 5:02pm

Lelong Barangan Peribadi, Faizal Tahir Tunjuk Solidariti Melalui Faith4Palestine

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir memberitahu bakal melakukan lelongan barangan peribadi menerusi satu acara amal Faith4Palestine pada Ahad ini.

Acara amal tersebut mendapat kerjasama daripada gerakan kemanusiaannya, iamFaithmen dan syarikat rakaman, Faithful Music.

Faizal atau pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir meluahkan rasa teruja kerana melalui acara amal tersebut, ia dapat mengumpulkan dana bagi menjayakan misi kemanusiaan Palestin.

Dedahnya, acara tersebut dilihat sebagai satu simbolik kepada solidarati rakyat Malaysia untuk menentang kezaliman Israel.

“Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan bidaan barangan peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah satu usaha membantu keluarga yang sekarang sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu berfaedah selepas pulang ke rumah.

“Muzik adalah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang dibawa membawa maksud positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya.

Selain lelongan amal peribadi, acara itu dimeriahkan dengan persembahan akustik oleh Faizal dan artis jemputan serta sesi rakaman podcast.

Memetik laporan Berita Harian, objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat mengenai sejarah panjang bumi Palestin dan beri bimbingan mengenai bagaimana boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Pelantun lagu Karma itu menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama terlibat dalam solidariti itu.

“Kami menggalakkan masyarakat awam, perniagaan, persatuan dan badan kerajaan mengambil bahagian bersama Faith4Palestine.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Royale Chulan Damansara dan Media Prima Audio iaitu Hot FM, Kool 101 dan Molek FM atas sokongan menjayakan Faith4Palestine,” jelasnya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Malam Yang Indah Untuk Peminat… Muse Pukau Lebih 50,000 Penonton!

Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023 sukses!

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ‘Anugerah K-pop No. 1 Dunia’ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Acara Tue, 7 Sep 2021
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Trending Wed, 9 Oct 2019

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan

Featured Wed, 23 Nov 2022
error: Content is protected !!