Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 11, 2023 @ 9:53am

[VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

Pelawak dan usahawan, Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad mengaku bahawa syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee, mempunyai masalah untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang tular, pada Jumaat.

Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan tersebut yang mengatakan pihaknya tidak membayar langsung caruman KWSP pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib menjelaskan bahawa, pihaknya telah membuat rundingan dengan KSWP untuk membuat bayaran caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan dalam syarikatnya sebelum ini.

“Kami akui Bubble Bee ada ‘sangkut’ bayar KWSP, cuma saya nak buat pencerahan apabila surat layang itu dikeluarkan seolah-olah kami langsung buat tak tahu mengenai caruman KWSP setiap kakitangan kami.

“Perkara ini tidak baik dan saya nak jelaskan di sini, sejak awal tahun ini kami ada berhubung dengan KWSP serta maklumkan mengenai masalah dihadapi. 

“Pihak kami juga sedia maklum ada tunggakan yang perlu diselesaikan dan tidak dapat membayar serentak.

“Justeru kami ada membuat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab potongan KWSP ini adalah kewajipan syarikat. Mahu atau tidak  kami perlu bayar kerana itu adalah hak pekerja,” katanya.

Selain itu, dia memohon maaf kepada semua kakitangan BubbleBee di atas kekhilafan yang berlaku melibatkan duit caruman KWSP pekerjanya.

“Alhamdulillah kami sudah buat pembayaran kepada KWSP dengan jumlah yang tinggi, cuma menunggu untuk keputusan baki jumlah ansuran dan nilai yang perlu dibayar.

“Saya tak nak orang luar berasa kami ambil hak pekerja apabila tidak mencarum KWSP langsung. Perkara itu tidak benar kerana itu adalah kewajipan Bubble Bee dan saya sebagai pengasas.

” Jika tulisan yang viral itu menampakkan kami buat tak tahu langsung pada potongan KWSP kepada pekerja kami adalah salah.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua kakitangan termasuk, bekas pekerja, di atas kekurangan dan kekhilafan ini. Insya-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin kerana saya tidak mahu ada salah faham,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Mengulas lanjut mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia mengabaikan kebajikan pekerjanya meskipun sering menayang kemewan, Shuib berkata, itu adalah jatuh bangun dalam perniagaan.

Bahkan, dia juga sudah banyak mengeluarkan duit untuk syarikatnya itu.

“Satu benda yang kami nak tegaskan di sini ketika Bubble Bee berada pada fasa kejatuhan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19, kami tak pernah potong gaji pekerja termasuk tak pernah tak bayar gaji sejak kami beroperasi sehingga hari ini.

“Kalau ada yang kata pengasasnya bermewah-mewah, takkan saya nak cakap berapa banyak duit dari poket sendiri sudah saya keluarkan untuk Bubble Bee.

“Saya anggap ini satu dugaan dalam perniagaan. Saya dan pengurusan tertinggi perlu hadap perkara ini sebab kami percaya perniagaan ini boleh pergi lebih jauh melalui pengurusan yang betul,” ujarnya..

Terdahulu syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan selepas tular surat terbuka daripada seorang individu tidak dikenali di aplikasi TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

Featured Wed, 1 Dec 2021

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita. Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti […]

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Featured Sun, 18 Apr 2021

Vaksin Kepada Petugas Media Dalam Fasa Kedua

Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dijadualkan bermula esok justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memohon supaya petugas media turut diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin […]

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ajak Shiro Mahu Menjadi Pengacara

Ajak Shiro akui sudah selesa menjadi seorang pengacara selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio.

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!

Tonton menghimpunkan pelbagai filem seram premium dari seluruh Asia!

error: Content is protected !!