Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 10, 2023 @ 1:55pm

Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Seorang individu yang tidak dikenali memuat naik hantaran kenyataan di TikTok dengan mendakwa perniagaan milik pelawak Shuib iaitu Bubblebee culas mencarum sebagai majikan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kenyataan surat terbuka di TikTok @penuntutkeadilan, tiada transaksi yang dilakukan oleh syarikat Bubblebee kepada akaun pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan meskipun dinyatakan di dalam penyata gaji.

“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat.

“Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu? Pekerja bukan seorang dua tapi beratus. Benda ni menjadi tanda tanya semua orang yang bekerja di bawah syarikat anda.

“Masuk sahaja tahun 2023 tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya 1 bulan ataupun 2 bulan sahaja itupun sekadar mengaburi pihak yang lain. Sekarang ni dah hampir ke penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan bulan yang selebihnya itu ya?

“Sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada sebarang isu mengenai pembayaran KWSP ni tapi masuk je 2023 hal ini menjadi semakin melampaui batas,” jelasnya.

Selain isu caruman KWSP, individu berkenaan mendakwa syarikat itu sering lewat membayar gaji pekerja daripada tarikh yang dinyatakan.

“Cut off gaji 23 haribulan tapi gaji tetap dapat lewat 7 haribulan ataupun lebih dari 7 haribulan. Setiap double pay dan OT dibayar lewat pertengahan bulan. Kenapa pihak anda sentiasa menunda hak pekerja bawahan anda? Anda boleh membeli warehouse yang baru tapi boleh saya tahu kenapa anda tidak mahu membayar KWSP pekerja anda?

“Orang luar boleh cakap ‘Tahniah anak melayu berjaya’ tapi hakikatnya? Kebajikan pekerja hauk, berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ini disebabkan bahagian pengurusan atasan bermasalah dan isu KWSP ini juga.

“Anda nampak gah di mata orang lain tapi hakikatnya anda seperti tin kosong sahaja. Anda sangat terkenal tapi tu bukan tiket untuk anda menganiaya orang yang sedang mencari rezeki. Jagalah imej anda dengan baik kerana bila-bila masa sahaja anda akan jatuh,” ujarnya.

Sementara itu, individu itu mendakwa telah membuat aduan mengenai perkara tersebut di KWSP dan Buruh namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Malah, dia memberitahu setiap komen di Instagram yang bertanya mengenai gaji dan KWSP akan dipadam dan disekat akaunnya.

Pada masa sama, dia turut mempersoalkan tentang pengagihan keuntungan syarikat yang dikatakan mencecah RM150 juta itu.

“Untung 150 juta tapi daripada berbelas belas pekerja dah jadi 4 orang pekerja hanya kerana disingkirkan oleh pihak syarikat. Untung 150 juta tapi medical claim pekerja tiba-tiba tak boleh nak guna kerana ditarik balik dengan alasan ‘sales slow’ dan tak boleh na bagi kemudahan medical claim lagi.

“Untung 150 juta tapi bonus tak mampu nak bagi dekat pekerja. Untung 150 tapi nak bagi duit raya dekat pekerja pun bersyarat. Yang penting untuk 150 juta tapi dah nak masuk setahun tak bayar KWSP dan SOCSO pekerja.

“Akhir sekali, majikan bermewah-mewahan tapi pekerja tercungap-cungap. Semoga ada keadilan yang akan menyusul untuk anak-anak lebah yang telah mahupun yang sedang membanting tulang walaupun langsung tidak dihargai majikan. Mohon doakan. Sekian,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut juga, individu itu memuat naik ‘screenshot’ bukti pembayaran KWSP ke atas pekerja yang dibuat hanya sebulan sahaja dan akaun Instagram yang telah disekat oleh Shuib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Tue, 26 Jan 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pasangan Jarak Jauh Mulai Esok

Alhamdulillah buat pasangan jarak jauh yang dah lama menanti untuk bersama..

Trending Sat, 12 Jan 2019

Harga Minyak Turun Lagi

Menurut Lim, ​​​​​​​kaedah mingguan itu yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun dan mengehadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 untuk diesel apabila harga minyak dunia naik,

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 1 Nov 2019

‘Saya Tahu Ayah Layak’- Anak Allahyarham Pitt Hanif Buat Penonton Sebak

ernyata jangkaan kami tidak salah. Sebagai anak, sudah tentu saya amat bangga sekali dengan kemenangan ini. Ini untuk ayah…

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

error: Content is protected !!