Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 8, 2021 @ 2:10pm

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat, TNB Tutup 82 Pencawang Elektrik

Akibat peningkatan jumlah kes kematian di negeri Pahang yang merekodkan 27,073 daripada 7,278  keluarga yang kini ditempatkan di 275 PPS di sembilan daerah, dengan peningkatan ketara berlaku di Temerloh.

Justeru itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan ke 82 pencawang elektrik di negeri itu susulan banjir besar yang berlaku di beberapa daerah di Pahang.

Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad, berkata pencawang di Temerloh paling banyak ditutup iaitu 38 diikuti Lipis (23), Jerantut (19) dan Jengka/Maran (2).

Bekalan set jana kuasa mudah alih akan diberikan

Tambahnya lagi, pencawang elektrik yang dihenti tugas atau ditutup buat sementara waktu akan diberikan bekalan sementara melalui set jana kuasa mudah alih.

“Kita akan melakukan penyambungan semula bekalan elektrik secara kekal atau sementara hanya selepas air surut sepenuhnya di kawasan terbabit dan situasi dikenal pasti selamat.

” kita perlu mengambil kira aspek keselamatan pengguna elektrik dan pekerja TNB, kita tidak boleh bertindak secara terburu-buru,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pencawang TNB yang beralih atau tumbang.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Jun 2022
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

“Takkanlah Setiap Kali Jumpa Anak, Saya Nak Upload..” – Fattah Amin Nafi Tuduhan Terlalu Sibuk Sampai Tak Sempat Bertemu Fatima

Fattah Amin menyangkal tuduhan yang mendakwa dia tidak sempat bertemu anak kerana terlalu sibuk.

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Events Wed, 11 Dec 2024

Kenyataan Fitnah, Tiada Perkahwinan Tengku Hassanal April Depan

Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja.

Hiburan Sun, 5 Jun 2022

Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Peminat lepas rindu melihat Neelofa mengacara di Nona selepas 8 tahun!

error: Content is protected !!