Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 11, 2023 @ 12:17pm

Kongsi Foto AI Tanpa Purdah, Neelofa Sudah Minta Izin Suami -“Bukan Buat Dosa Atau Dedah Aurat…”

Selebriti popular, Noor Neeelofa Mohd Noor menyedari foto teknologi artificial intelligence (AI) miliknya yang tular sebelum ini mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Namun, dia menjelaskan, tindakannya itu bukanlah sengaja atau memberi ‘hint’ bahawa dia mahu melepaskan hijabnya seperti yang didakwa, sebaliknya ia adalah untuk kempen AI Neelofa.

“One thing you kena ingat, that’s not me, itu bukan saya. Dan bukanlah saya membuat dosa dimana saya buka hijab atau mendedahkan aurat.

“Dan team saya tidak buat without my approval. Dan, sudah tentu saya ada minta pandangan suami (PU Riz), malah banyak versi yang staf saya buat, saya tunjukkan pada suami,” katanya.

Selain itu, Neelofa meminta agar orang ramai mendoakan dirinya agar kekal istiqamah walaupun pelbagai dakwaan timbul selepas foto AI tersebut tular termasuklah ada yang mengatakan mereka rindu untuk melihat wajah penuhnya.

“Again saya buat kempen AI ni bukannya saya mendedahkan aurat atau buat dosa. Walaupun suami saya saya sangat fleksibel dan menyokong saya dalam journey berpurdah berniqab ni, tapi saya gembira dengan apa yang saya ada harini. begitu juga dengan imej yang saya bawa. 

“Inshaa-Allah semoga Allah bagi saya kekuatan untuk saya kekal macam ni termasuklah banyak kebaikan yang saya bawa tidak kiralah sebagai anak, isteri atau ibu dan sebagainya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Sinonim dengan jenama mewah antarabangsa yang dibawanya, Neelofa turut menjelaskan, isu boikot membabitkan produk Zionis adalah perlu.

Katanya, perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi sudah ke arah global dan ia terbukti berkesan.

Malah, Neelofa memberitahu dia ada menolak tawaran untuk bekerjasama dengan syarikat yang menyalurkan dana kepada negara Israel.

“Yang saya nampak ini buka malaysia sahaja tapi global.. tapi untuk masa sekarang it works. Ini sangat berkesan dan saya harap bukan kali ini sahaja kita perlu boikot tapi bila-bila.

” To those brands yang mana-mana membuat official statement dan donation secara terang-terangan saya stop. Tapi kepada brand-brand yang tidak membuat kenyataan rasmi kita kaji dulu tengok ke mana direction mereka selagi ia tidak membawa kepada tumpahnya darah saudara kita di Palestin saya rasa it not a problem,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Sat, 5 Apr 2025

“Dia Peluk Saya Kuat Sangat…” – Kakak Kongsi Momen Terakhir Bersama, Allahyarham Nico Banyak Berdiam Diri

Kakak Allahyarham Nico kongsi perubahan adiknya yang menjadi seorang pendiam

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

#AnggunLife : Pengalaman Jumpa Ramai Wanita Depresi Kerana Kurang Cantik, Ini Cara Dayah Bakar Bantu Mereka

Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar berkata, program Fitsis akan dianjurkan sekali lagi pada Januari 2019.

Featured Fri, 18 Apr 2025

Zarina Anjoulie & Keluarga Terima Ugutan B*nuh?

Anju juga mendedahkan nama si pelaku terbabit.

Featured Mon, 21 Feb 2022
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Rakan Duet Sebenar Tarik Diri” – Bongkar Konflik Lagu ‘Yaa Hari Raya’, Ayda Jebat Bersyukur Hazama Setuju Saat Akhir

Ayda mengambil langkah berani dengan menghubungi rakan seperjuangan, penyanyi Hazama secara spontan

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
error: Content is protected !!