Featured By: Salma Syahbuddin November 11, 2023 @ 3:58pm

Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Bekas wartawan hiburan yang popular dengan tagline ‘Terjah’, Nas Ahmad kini sudah tidak aktif seperti dahulu apabila dia didiagnos menghidap penyakit jantung sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Nas Ahmad atau nama penuhnya, Mohd Nasir Ahmad kini bergantung kepada pendapatan anak-anaknya selain menerima bantuan zakat Selangor berjumlah RM800 untuk bayaran rumahnya.

Dalam pada itu, dia yang mudah mengah kini tidak berdaya untuk berjalan mahupun hanya 100 meter disebabkan masalah jantung tersumbat.

Malah, penglihtannya juga semakin kabur, selain kakinya bengkak dan sukar untuk solat.

“Saya mudah mengah kalau nak menapak jauh sangat, tak sampai 100 meter pun dah penat disebabkan satu saluran di jantung yang tersumbat.

“Kena banyak berehat, itu menyebabkan saya tak boleh bekerja seperti sedia kala. Saya rindu nak bekerja, nak keluar shooting nak bantu bela nasib industri.

“Dahulu saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Tiba-tiba zero income dan kini jadi asnaf. Jadi saya serahkan kepada rezeki,” katanya.

Sementara itu, dia juga kini dalam proses menunggu giliran untuk membuat rawatan stent (terapi untuk pesakit jantung).

“Saya tidak mempunyai insuran, tak ada pekerjaan… tak mampu untuk buat rawatan di hospital swasta. Saya sedang menunggu giliran di hospital kerajaan. tak saya sangat faham pesakit ramai, dan hospital ketika ini penuh.

“Jadi bila tarikh saya akan jalani pembedahan itu, doktor sendiri belum berani nak janjikan bila… cuma bila doktor pesan kalau tak tahan terus ke kecemasan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez antara yang tampil memberi sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung.

“Siapa sahaja tak kenal Nas Ahmad, kami sentiasa ingat bagaimana prihatinnya dia terhadap industri ini.

“Dia banyak membantu menaikkan nama Persatuan juga, kini inilah masa kami mengenang jasa itu,” katanya yang turut memberikan sumbangan untuk meringankan beban,” ujarnya.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Pandang Saya Sebagai Penyanyi Bukan Penyampai Radio’- Young & Gentleman Buah Tangan Terbaru Haiza

Lama tak muncul dengan single, Haiza siap sedia menawan balik industri hiburan dengan ‘Young & Gentleman’. Mesti best ni!

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Selepas Setahun, Exo Bakal Muncul Dalam “Knowing Bros”

Lama tak nampak Exo dalam rancangan realiti.

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Bagi Jantan Lain Pegang Bini Kau, Asal Tak Jual Aje

Baru-baru ini, nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi bualan netizen apabila babak mesranya bersama Aiman Hakim Redza dikatakan tidak disenangi ramai. Ada pihak yang menyalahkan suami Sakinah, Aliff Adha, yang seperti tidak kisah isterinya itu dipeluk […]

Trending Tue, 1 Sep 2020