Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 14, 2023 @ 10:43am

“Dia Alami Batuk Kronik & Cirit-Birit” – Sedang Kritikal & Terpaksa Ditidurkan, Organ Dalaman Suhaimi Saad Gagal Berfungsi

Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Memetik laporan Harian Metro, Suhaimi kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan terpaksa ditidurkan.

Suhaimi dimaklumkan telah menghidap batuk kronik sejak beberapa bulan lalu malah menyebabkan kegagalan pada organ dalaman ekoran jangkitan.

“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan pada organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.

“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” ujar sumber kepada Harian Metro.

Suhaimi yang juga suami kepada penyanyi, Ina Naim ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital tersebut pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hantaran pemilik akaun bernama Akumaru yang memaklumkan bahawa Suhaimi kini sedang sakit dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhannya.

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga bersama pada 12 Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Rossa Bengang Dituduh Buat Pembedahan Wajah?

Penyanyi terkenal dengan lagu Aku Bukan Untukmu ini menjelaskan bahawa penampilannya yang berbeza di dalam gambar kerana… 

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

error: Content is protected !!