Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2023 @ 8:00pm

Roslan Shah Terharu Pelancong China Hafal Lagu Rojak Maznah Ke Tuuu – “Dulu Rojak Saya Pernah Kena Hina Macam Naj*s”

Selebriti serba boleh, Roslan Shah terharu apabila ada pelancong dari negara China menghafal single ‘Rojak Maznah Ke Tuuu’ yang diterbitkan pada tahun 2021.

Menurut Roslan, pelancong wanita itu merupakan salah seorang peminat dan mengikuti perkembangan kariernya di laman sosial.

“Saya mendapat undangan persembahan di Puteri Harbour, Johor Bahru bersempena Leypark Food Fest 2023 dan sambutan Hari Deepavali untuk menghiburkan pengunjung di sana.

“Ketika saya menghiburkan orang ramai menyanyikan lagu Rojak Maznah Ke Tuuu, saya tak sangka ada seorang wanita berbangsa Cina yang turut teruja menyanyi bersama saya.

“Rupa-rupanya dia merupakan pelancong dari negara China yang datang ke sana. Saya tak sangka dia hafal lagu Rojak Maznah Ke Tuuu. Rupanya dia mengikuti perkembangan saya di media sosial,” kata penyanyi lagu Ek Eleh You Siapa itu.

Lagu Rojak Maznah Ke Tuuu diilhamkan daripada jualan rojak yang diusahakan oleh Roslan di ekspo sekitar Singapura.

Biarpun rojak yang dijual pernah teruk dihina, Roslan melihat sudut positif dan turut mempunyai perancangan untuk menghasilkan muzik video lagu Maznah Rojak Ke Tuuu.

“Lagu itu adalah inspirasi perniagaan rojak yang saya selalu jual di pelbagai ekspo sekitar Singapura. Alhamdulillah, ia mendapat respons baik. Tapi ada juga yang mengina rojak yang saya jual seperti najis, tapi saya pekakkan telinga.

“Hikmah untuk terus bersikap positif itu sangat besar. Setiap kali saya membuat persembahan lagu terbabit, penonton dan orang ramai terhibur, sebab itu saya enggan ambil kisah cacian golongan pembenci.

“Sebenarnya, lagu ini sudah keluar pada 2021 tetapi ketika itu seluruh dunia baru sahaja dilanda Covid-19, jadi saya tak sempat untuk melakukan promosi single terbabit secara betul.

“Insya-Allah, saya ada perancangan nak buat muzik video lagu Rojak Maznah Ke Tuuu, saya berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Halal Gap? Ernie Perjelas Isu Pegang Tangan Syamel

Biasalah tu, diorang kan rakan duet?

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Tahniah Dato’ Rosyam kerana terima menantu

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Zara Zya Mahu Lagi…

Hebatlah ‘Inchess’ ni, cayalah!

error: Content is protected !!