Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 20, 2025 @ 11:10pm

FINAS Bakal Perkenal Projek Khas Bantu Penggiat Filem Veteran, Sasar Bayaran Lebih Setimpal

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal melancarkan projek perintis drama ‘super telefilem’ yang memberi peluang kepada penggiat filem veteran untuk kembali bekerja dengan bayaran setimpal.

Inisiatif ini diumumkan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, sebagai langkah menangani isu kebajikan dan bayaran rendah yang sering dihadapi golongan berpengalaman dalam industri.

Menurut Hans, projek yang dibiayai menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) itu akan menampilkan kru dan barisan pelakon dalam kalangan penggiat veteran sahaja, termasuk jurukamera, juruaudio, penyunting, penulis skrip dan pengarah.

“Penerbit yang menerima dana wajib membayar kru dan pelakon mengikut kadar yang bersesuaian dengan pengalaman mereka. Kalau pelakon veteran pegang watak utama, bayar ikut kadar pelakon utama. Ini bukan projek untuk mengaut untung,” katanya.

Tambah Hans, penerbit perlu memulangkan 40 peratus hasil jualan kepada FINAS bagi memastikan kesinambungan projek ini.

Hans yakin stesen penyiaran akan terbuka untuk membeli drama berkenaan kerana pelakon veteran masih mempunyai daya tarikan tersendiri.

“Saya percaya drama ini akan dapat sambutan dan membuka mata banyak pihak. Kita akan pastikan hanya yang benar-benar layak dan berstatus veteran terlibat,” katanya kepada XTRA.

Hans berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra FINAS bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, pengarang dan wartawan hiburan dari pelbagai organisasi media.

Sementara itu, Azmir menasihatkan penerbit muda agar menyertai persatuan industri seperti Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk mendapatkan bimbingan dalam aspek pemasaran dan pengedaran filem.

“Ramai penerbit baharu tahu hasilkan filem, tetapi kurang arif tentang strategi tayangan dan pasaran. Bila ada persatuan, mereka ada tempat untuk mengadu dan mendapatkan panduan,” jelasnya.

Hans kembali menerajui FINAS sejak 26 Mac lalu, selepas pernah dilantik sebagai Pengerusi pada 2019. Hans berharap pendekatan baharu ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni veteran dan mengukuhkan ekosistem industri filem tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018
Cahaya Mata Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

Elyana Dapat Anak Kedua?

Hatimu Elyana sungguh murni, menjaga Tulus dan mengambilnya walaupun sedar yang dia anak syurga

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Walaupun sudah menerima suntikan, […]

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

error: Content is protected !!