Hiburan By: Padin November 13, 2023 @ 7:13pm

Pilih Seremban Sebagai Lokasi, Jamal Abdillah Adakan Konsert Mini Kutip Dana Bantu Tabung Palestin, Pusat Tahfiz & NGO

Penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah memilih Seremban, Negeri Sembilan sebagai lokasi konsert mini untuk mengumpul dana bagi membantu pusat tahfiz, badan bukan kerajaan dan tabung bantuan Palestin.

Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini Datuk Jamal Abdillah yang akan berlangsung pada 22 Disember depan bakal diadakan di Hotel Royale Chulan Seremban dan turut menampilkan tiga penyanyi jemputan iaitu Datuk Nash, Azlan and The Typewriter dan Eka Sharif.

“Persembahan ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana yang mana sebahagiannya akan disalurkan kepada Tabung Bantuan Palestin, pusat tahfiz terpilih dan badan NGO. Pada malam itu nanti, saya akan tampilkan persembahan yang bersesuaian dengan majlis makan malam.

“Saya bakal adakan perbincangan dengan Datuk Nash mengenai lagu yang mungkin akan dipersembahkan, khas untuk memperingati mereka yang berjuang di Palestin. Insya-Allah, mungkin kami akan persembahkan lagi Kepadamu Kekasih atau Pada Syurga Di Wajahmu,” katanya.

Tambah Jamal, persembahan itu menjadi satu pendekatan terbaik untuk golongan artis dan orang awam membuat kerja kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Bukan hanya di Palestin sahaja, penganjur juga meletakkan sasaran bantuan kepada orang kita sendiri menerusi pusat-pusat tahfiz dan badan NGO. Konsert amal seperti ini menjadi satu pendekatan terbaik untuk kita melakukan kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Ini satu peluang untuk barisan penyanyi atas usaha pencetus ideanya, Datuk Abdullah Ghani Kasim.

“Seremban pula dipilih sebagai lokasi untuk peminat yang berada di Lembah Klang dan selatan tanah air. Jadi, mereka yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Melaka boleh sama-sama ke Seremban, Negeri Sembilan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

Untuk info, harga tiket boleh didapati serendah RM400 (Bronze Seat) dan RM800 (Silver Seat) buat mereka yang membeli secara individu.

Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon Pembelian boleh dibuat menerusi panggilan telefon 013-2777009 Kamal / 019-6081325 Haiqal / 019-6081326 Ziera/ 011- 10751801 Syeida / 012-3330938 Manja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 […]

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Haikal Farid & Weswey, Bakat Baharu Malaysia & Indonesia Bergabung Dalam Perihal Dirimu

Bakat baharu dalam bidang muzik, Haikal Farid dan Weswey muncul dengan lagu baharu yang berjudul Perihal Dirimu. Lagu yang menyentuh hati ini berkisar mengenai topik sayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang mendapat […]

Featured Thu, 28 Apr 2022

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Wah! Mesti gempak suasana raya kali ni dengan Hot FM & Molek FM 😍

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam