Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 13, 2023 @ 8:24pm

6 Bulan Tiada Tawaran Lakonan, Noorkhiriah Kesal Diberi ‘Harapan Palsu’

Aktres prolifik, Noorkhiriah, 45, mendedahkan dia tidak menerima tawaran lakonan selama enam bulan.

Menurut pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie ini, sepanjang setengah tahun melalui fasa terbabit, beberapa produksi yang menghubungi bertanyakan jadual namun selepas itu ada yang senyap tanpa khabar berita.

“Sebenarnya, tahun 2023 agak mencabar untuk saya dan rakan-rakan lain. Sedar tak sedar, hampir enam bulan saya tiada tawaran lakonan. Memang ada beberapa produksi yang bertanya mengenai jadual seni, tapi tiba-tiba tak jadi pula nak tawarkan saya berlakon.

“Sebelum saya ulas lebih lanjut, saya minta maaf terlebih dahulu. Ada yang memberitahu nama saya tidak terpilih selepas dicadangkan, tetapi saya kesal apabila ada produksi yang terus sepi tanpa sebarang khabar dan membiarkan ia tergantung selepas memberi harapan.

“Saya tak mahu mengeluh tetapi ini kerjaya seni yang menjadi darah daging saya. Memang saya minat berlakon. Tapi apabila saya renung semula sudut positif, saya anggap setiap yang berlaku ini pasti ada hikmah. Mungkin Tuhan nak saya luangkan masa bersama anak-anak dan suami,” katanya.

Kembali rancak menerima rezeki dan tawaran, Noorkhiriah bakal membintangi filem Gadis Felai yang melibatkan usahasama Malaysia dan Indonesia terbitan Teguh Setanding Sdn Bhd, PT Sinemart dan Sheunik Sdn Bhd.

“Syukur kepada Allah, selepas melalui fasa sukar selama enam bulan, saya diberi tawaran untuk menjayakan filem Gadis Felai. Sangat mudah bekerja dengan penerbit, mereka ‘lock’ tawaran ini dan terus memberikan deposit bayaran sebagai tanda jadi.

“Biarpun wataknya tidak besar, tetapi saya suka karakter yang diberikan. Saya juga teruja untuk bergandingan dengan pelakon lain dari Malaysia dan Indonesia seperti Isyariana, Tsania Marwa, Renald Ramadhana, Azrel Ismail, Zaryn Min dan ramai lagi,” katanya.

Filem Gadis Felai dijangka menemui penonton di pawagam tahun depan mendapat sentuhan daripada pengarah Zamri Zakaria.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2024
Featured Fri, 7 Nov 2025
Filem Wed, 8 Apr 2026

Gayong 2 Tampil Lebih Epik, Ini 3 Sebab Kenapa Filem Ini Wajib Ditonton

Jom semak tiga sebab utama kenapa Gayong 2 perlu ada dalam senarai tontonan anda!

Trending Sun, 17 Jan 2021

‘Tudung Periukʼ Buah Tangan Terbaru Dayang Nurfaizah

Tak sabar nak dengar single terbaru Dayang🌹

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Ibu Amy Search Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Amy Search, Fatimah Idris meninggal dunia jam 6 petang semalam. Perkhabaran duka ini dikongsi oleh Amy menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam. “Doakan ibu saya, Hajjah Fatimah […]

Hiburan Sun, 18 Jan 2026

“Ada Beberapa Sebab Kenapa Saya Tidak Tunjuk Wajah Isteri” – Fahimi Rahmat

Fahimi Rahmat memilih untuk tidak mendedahkan wajah isteri & bercerita secara terperinci latar belakang pasangan demi menjaga privasi.

error: Content is protected !!