Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 22, 2024 @ 8:50pm

Anak Zainal Abidin Tak Teragak-Agak Dedah Kisah Sebenar Perbuatan Bapa – “Cukuplah Fitnah, Tak Malu Ke? Dosa Perangai Macam Ni!”

Anak penyanyi, Zainal Abidin, 64, iaitu Timur Gabriel, 30, tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala perbuatan bapanya kepada umum sekiranya selebriti itu terus berbohong mengenai konflik sebenar yang terjadi antara mereka.

Dakwa Timur, bapanya itu tidak pernah memberikannya perhatian malah kali terakhir Zainal memberi ucapan Raya atau Ulang Tahun adalah ketika dia berusia sembilan tahun.

Sementara itu, Timur yang menetap di Jerman turut mempertikaikan tindakan bapanya yang menabur fitnah dan tidak berhubung secara terus untuk bertanya mengenai dakwaan sudah berumah tangga itu.

Tidak habis disitu, Timur yang merupakan seorang pelakon memaklumkan keadaannya kini di negara tersebut dalam keadaan bahagia dan sihat serta berharap agar Zainal berhenti menganggunya.

Timur berkata demikian menerusi sebuah komen yang ditinggalkan di portal hiburan.

Zainal Abidin

Sebelum ini, Zainal mengakui dia ada mendengar desas-desus berhubung anaknya, Timur yang sudah berkahwin di Jerman.

Namun begitu, pelantun lagu popular Hijau itu meluahkan rasa kesal tidak dijemput ke majlis perkahwinannya sebagai wali sekiranya benar anaknya itu sudah mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Ditegur Pakai Rantai & Gelang, Zainal Abidin Tak Peduli Dikecam – “Kalau Panjang Umur Saya Berubah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

Sarimah Ibrahim Hamil Empat Bulan, Tahniah!

Alhamdulillah… semoga Sarimah dan kandungannya sihat sentiasa. Mesti comel bakal baby nanti!

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang. Selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada jam 10.40 pagi tadi, jarak usia tujuh tahun juga tidak menghalang […]

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

12 tahun kekal bersama, apa rahsianya?

Selebriti Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Sun, 13 May 2018

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah

Siti Sarah & Shuib Bakal Menjadi Tetamu Allah berkongsi apa yang paling penting sekarang persediaan dari segi mental dan fizikal.

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Awak Boleh Anggap Saya Kawan”, Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral Jadi Kawan Di Instagramnya

Featured Fri, 8 Oct 2021

Tiada SOP Baru Untuk Rentas Negeri

Kerajaan mengumumkan tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilakukan apabila rentas negeri dibenarkan dalam beberapa hari lagi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu […]

error: Content is protected !!