Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 19, 2018 @ 4:23am

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

Setiap pasangan suami isteri di dunia ini sudah pasti mengimpikan zuriat. Mungkin ada yang masih belum bersedia namun lambat laun, hati pasti akan terusik untuk mendapatkannya.

Bagi pelawak dan pengacara terkenal, Abam, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menurut Abam, dia dan isteri setiap hari merancang namun segalanya atas ketentuan takdir.

“ Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.

” Untuk soalan ‘Bila nak dapat anak?’, jawapan saya mudah… kalau kita mati esok, kita tahu ke?

“ Sama juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Gambar dari Laman Instagram Abam Bocey

Tambah Abam, walaupun dia dikenali sebagai seorang pelawak namun dalam hal ini dia sama sekali tidak menjadikan sebagai bahan jenaka.

“ Orang ingat kita jawab berlawak sebab mereka ingat saya pelawak. Tapi soal ini, saya jawab dalam keadaan serius.

” Soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Jaga perasaan pasangan itu. 

“Letak diri kita di tempat orang yang ditanya. Kita yang baru setahun kahwin pun ada rasa sedih. Macam mana pula pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin,” katanya.

Abam dan isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Luah Rasa Rindu, Ismail Izzani Tayang Teman Wanita?

Wahh siapa teman wanita Mael tu?

Events Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Edika Yusof didakwa dah rujuk dengan bekas isteri, kapsyen curi tumpuan

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Muncul Dalam Muzik Video Vroom Vroom, Peminat Usik Hael Husaini Ada Hati Dengan Nabila Razali?

Nabila juga ada menyuarakan hasrat untuk saya turut serta dalam muzik video ini, jadi…

Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
error: Content is protected !!