Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 16, 2023 @ 8:31pm

Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Pawagam, Salman Khan Gesa Peminat Utamakan Keselamatan, Jangan Terlampau Obses

Ekoran kejadian bakar mercun dan bunga api di dalam pawagam ketika tayangan perdana filem Tiger-3, bintang Bollywood, Salman Khan menggesa peminatnya agar mengutamakan keselamatan diri dan orang lain.

“Saya mengambil maklum mengenai kejadian bunga api di dalam panggung wayang ketika tayangan filem Tiger-3. Itu satu perbuatan yang sangat merbahaya.

“Berseronoklah menonton filem tersebut tanpa meletakkan risiko terhadap diri sendiri dan orang lain. Kekal selamat,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Bajrangi Bhaijaan itu menerusi laman X miliknya.

Menurut laporan Media Hiburan, sekumpulan peminat tegar dilihat tidak berfikir panjang dengan membakar mercun ketika filem lakonan Salman itu sedang ditayangkan.

Tindakan merbahaya itu boleh menyebabkaan kecedaran orang ramai yang berada di dalam pawagam tersebut.

Ketegangan yang tercetus bagaimanapun kembali terkawal dengan pemantaun dan tindakan polis.

Difahamkan, insiden sebegitu bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya sering terjadi di India.

Peminat bintang-bintang Bolywood dikatakan terlampau obses sehingga berani bertindak sedemikian.

Sumber : Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Trending Tue, 1 Sep 2020
Featured Wed, 6 May 2026

Fatin Afeefa Tak Kisah Tak Sertai ‘Group’ Keluarga Suami – “Kalau Saya Ada Pun, Tak Ada Manfaat”

Fatin Afeefa menganggap isu tidak dimasukkan ke dalam kumpulan keluarga pihak suami terutamanya di media sosial sebagai perkara normal.

Featured Tue, 11 Jun 2019

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Banduan daripada Penjara Penor dan Penjara Bentong pastinya berbangga!

Trending Fri, 31 Jan 2020

[VIRAL] Kes Kemaluan Bau Ikan Masin, Pelakon Ini Alami Tekanan Melampau

Semoga yang baik-baik sahaja buat Fairuz dan suami.

error: Content is protected !!