Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 27, 2022 @ 9:08pm

Tampil Berniqab, Aprena Manrose Mohon Doakan Agar Kekal Istiqomah -“Terima Kasih Atas Komen Yang Baik…”

Penampilan terkini pelakon, Aprena Manrose mencuri perhatian ramai apabila tampil memakai niqab ketika menghadiri majlis ilmu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya di atas komen positif yang ditinggalkan di ruangan sosial medianya itu.

Bahkan, beliau juga memohon doa dari semua agar kekal istiqomah dalam perjalanannya mendekatkan diri kepada Allah.

“Bismillahi MasyaAllah… terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. Dalam kita mencari Nya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya. Allahuakhbar.

“Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. insyaAllah,” tulisnya.

Melihat kepada perubahan yang ditunjukkan pelakon drama Mem & Bibik Bibik ini, ramai peminat memuji kejelitaan beliau yang dilihat menutup aurat dengan sempurna.

 

Sementara itu, Aprena, 29, juga sempat melahirkan rasa syukur beliau kerana diberi kesempatan untuk menghadiri majlis-majlis agama selain berharap diberikan kesempatan menyertai acara ilmiah sebegitu pada masa hadapan kelak.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah. Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Tak Payah Jadi Terpaling Fed Up, Jangan Cepat Hukum Drama Tempatan!” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim menekankan bahawa setiap karya yang dihasilkan mempunyai mesej tersendiri yang sepatutnya difahami sebelum dijatuhkan penilaian.

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Bergelar Duta, Sarimah Ibrahim Kongsi Aspirasi Gaya Hidup Lebih Sihat

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim percaya amalan menjaga kesihatan bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam menjalani kehidupan yang lebih seimbang, terutama apabila perlu menggalas pelbagai tanggungjawab setiap hari. Menurut Sarimah, […]

Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

Trending Wed, 29 Nov 2017

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Ingin berniaga tetapi masih belum dapat mencari produk atau lokasi yang sesuai? Terbaru dilancarkan Vending Machine ‘Boss Vend’. Jom baca apa yang menarik

error: Content is protected !!