Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 16, 2023 @ 12:07pm

Ifa Raziah Kumpulkan Selebriti & Pengunjung Di Himpunan Kemanusian Palestin

Demi solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular, Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung dalam sebuah acara yang diberi nama Himpunan Kemanusian Palestin di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha bersyukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.

“Himpunan ini adalah yang pertama di adakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.

“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang yang membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, 3,027 orang wanita, lebih 678 orang warga emas dan lebih 27,490 orang cedera,” katanya.

Malah, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Anuar turut diundang memberikan tazkirah berkenaan isu peperangan yang melanda bumi bergolak di Gaza.

“Selain ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan Palestine yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana. Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” ujarnya.

Bercakap tentang Starvendors Penang Foodstival, kata Ifa, dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.

“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.

“Selain kita berjualan, ada juga booth artis seperti Mila Jirin yang hasil jualannya itu akan di sumbangkan ke Tabung Palestin. Terima kasih kepada semua barisan selebriti, pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

Antara wedding dress yang menjadi perhatian para wartawan dan tetamu yang hadir. Nak tahu wedding dress tersebut milik siapa?

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Wany Hasrita Pertaruh ‘Lembayung Tari’, Angkat Nuansa Pop Etnik Penuh Magis

Wany Hasrita kembali dengan single terbaharu berjudul Lembayung Tari, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

Featured Tue, 29 Nov 2022

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Min setuju dengan cara Yasmin Hani tu. Kalau lawan dengan ‘keras’ juga, tak settle masalah 🤭🥵

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Izreen Azminda Kembali Aktif Di Instagram

Bagaimanapun, gambar selfie ini nampaknya sudah mendapat tanda likes sebanyak 13,190. Namun, pelakon ini kelihatannya masih menutup ruangan komen dilaman instagram beliau. Manakala, Suaminya Ude Wahid juga kelihatan turut aktif dilaman sosial sejak khamis

error: Content is protected !!