Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 17, 2023 @ 4:13pm

[VIDEO] “Itu Titik Peluh Mereka” – Isu Selebriti Didakwa Tak Bayar KWSP Pekerja, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat menitikberatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat beliau.

Selain syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) yang menguruskan karier beliau, Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aset perniagaan lain iaitu SimplySiti (kosmetik), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).

Jelas pelantun lagu malar segar Bukan Cinta Biasa ini, sebagai majikan Siti Nurhaliza tidak memandang remeh mengenai kebajikan pekerja-pekerjanya.

“Sebagai majikan kita kena hargai pekerja dan hak seorang pekerja itu penting kerana itu semua titik peluh mereka.

“Saya tak pandai dan tak nak memandai bercakap. Tapi saya percaya kita kena ikut peraturan dengan cara syarikat berfungsi, beroperasi.

“Mungkin ada yang terlepas pandang atau mempercayakan pihak lain yang buat kerja.

“Sebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu kita ada staf seperti bahagian HR misalnya. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Beausiti di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini, heboh mengenai dakwaan mengatakan usahawan dan pelawak mengabaikan caruman KWSP untuk pekerjanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Buat Tak Tahu Isu KWSP Staff? Itu Tak Betul!”- Shuib Mengaku Buat Rundingan, Bayar Caruman Pekerja Secara Ansurans

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Back Up’ Shuib Isu Culas Bayar KWSP & Gaji Pekerja, Yana Samsudin Perjelas Salah Faham Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jul 2022
Trending Mon, 24 Jun 2024
Hiburan Sun, 1 Apr 2018

Model Kontroversi Ini Akhirnya Berhijab?

Model yang pernah menarik perhatian netizen kerana mengambil gambar tanpa seurat benang ini akhirnya berhijab? Walaupun cuma menggayakan koleksi baju kurung sempena raya nanti, model tinggi lampai ini mendapat pujian oleh followers beliau apabila rata-rata mereka memuji dan memberikan komen positif terhadap penampilan beliau

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Aliff Syukri Sumbang RM 1.5 Juta Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Alhamdulillah…Semoga terus dimurahkan rezeki Datuk Aliff!

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Tahniah kepada semua pemenang, jumpa pada 2 November nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!