Hiburan By: Maya Basir November 17, 2023 @ 6:09pm

Berkongsi Kisah Percintaan, Rupanya Ina Naim Lamar Suhaimi Saad – “Sama Macam Dia Pilih Tunang Pertama Dulu…”

Selepas pemergian penyanyi Suhaimi Saad pada Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham yang berkongsi tentang kisah percintaannya dengan isteri iaitu Ina Naim.

Menerusi rakaman video siaran langsung di TikTok tersebut, Suhaimi mendedahkan Ina yang terlebih dahulu jatuh hati di awal perkenalan mereka.

“Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang.

“Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi tengok kebaikan yang ada pada saya.

“Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu orang yang kaya, dia tak akan pilih saya,” kongsinya.

Pada masa sama, dia turut menyimpan perasaan sama terhadap Ina dan menyifatkannya sebagai wanita yang baik dan lemah lembut.

“Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ni tak ada apa-apa.

“Saya pun terus terang kepadanya saya memang suka Ina sebab dia seorang yang baik, lembut dimana ada ciri-ciri isteri yang taat.

“Jadi, saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya.

@nextchapter2.0 Part 8 : Dah siang la, cepatnya! #kisahcinta #suhaimisaad #inanaim #salamtakziah #alfatihah #dalamkenangan #CapCut #templatecreator #templatecapcut #fyp ♬ original sound – nextchapter2.0

Suhaimi dan Ina mula berkenalan sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama dan saling bertukar nombor telefon.

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Rabu lalu, Suhaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Tentang Arwah Suami, Netizen Kagum Lihat Reaksi Wajah Ina Naim – “Dia Dah Reda… Tenang & Tabahnya!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 Oct 2019

Artistreet Dance Competition; Cash Prizes Totaling Up to RM18,000 to be Won!

Your aspiring and enthusiastic talents might be what they are looking for!

Featured Thu, 10 Mar 2022

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Boleh rentas negeri walau tanpa suntikan booster dan…

Featured Fri, 15 Jul 2022

[VIDEO] “Hijrah & Pengorbanan Kecil Saya…” – Penjelasan Ustazah Asma’ Buka Mata Rico Rinaldi, Kurangkan Reka Baju Seksi 

Alhamdulillah, penjelasan yang sangat ringkas dan padat daripada Ustazah Asma’ sehingga mampu menjentik hati Rico Rinaldi. Semoga dipermudahkan

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Putus Asa Dalam Hidup? Lirik ‘Bangun’ Nyanyian Aman RA Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda

BUDAK FLAT menceritakan kehidupan seorang pemuda yang cuba menjalani hidup di kotaraya pesat. Ia merupakan lagu motivasi agar terus BANGUN dan sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita bekerja keras.

Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata […]