Euforia Bola 2026
Selebriti By: Padin November 17, 2023 @ 5:48pm

“Mereka Dah Bermaafan” – Ajai Bersyukur Hubungan Ayu, Nourul Depp Kembali Pulih

Komposer terkenal, Ajai, 48, memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah, 25, dengan bekas isteri, penyanyi Nourul Depp sudah kembali pulih.

Menurut penyanyi bernama Mohd Faizal Maas ini, Ayu dan Nurul sudah menghubungi dan saling bermohon maaf susulan isu yang berlaku sebelum ini.

“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya, dia dah hubungi mamanya. Mereka dah bermaafan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.

Ajai ditemui di majlis pelancaran single terbaharu Aufahanie, Saat Hilang Cintamu di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambah Ajai, dia tidak pernah masuk campur isu yang tercetus antara Nourul dan ibunya sebelum ini.

“Bagi saya, dua-dua dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini, saya dah faham sangat. Apa pun yang jadi, mereka adalah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ajai turut menyokong hubungan cinta Ayu bersama anak lelaki kepada aktres Datin Seri Maria Farida, Mizan Ashley.

Penyanyi lagu Aku Cinta Aku Rindu ini turut tampil menjelaskan dakwaan anaknya tinggal bersama Maria sehingga menjadi punca perbalahan.

“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia dah ada kerja sendiri dalam bidang zoologi. Dia pun dah ada rumah sendiri.

“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.

“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami, Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” jelasnya.

Terdahulu, kapsyen yang dimuat naik Nourul menerusi Instagram milik Nourul mencetuskan tanda tanya selepas dia berkata dirinya telah ‘mati’ selepas membesarkan anak gadisnya.

Sekadar info, Ajai dan Nourul pernh mendirikan rumah tangga pada 1996 dan kemudian bercerai pada tahun 2006.

Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah.

Nourul kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin kali kedua bersama jejaka Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan dengan tiga anak iaitu  Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Apr 2022
Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Tue, 28 Dec 2021

“Saya Sedih Tengok Mesin Basuh, Peti Sejuk Dibuang” – Lelaki Ini Kongsi Cara Baik Pulih Barang Elektronik Yang Rosak Akibat Banjir

Seorang pengguna TikTok dengan nama pengguna @sayazuhri telah berkongsi cara untuk membaiki peti sejuk di akaun TikTok miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, lelaki itu meluahkan rasa sedih apabila dia melawat ke kawasan yang terjejas […]

Featured Sat, 31 Dec 2022

Hadiahkan Vellfire Untuk Keluarga, Syafiq Kyle Dipuji Netizen – “Dahlah Handsome, Baik Pulak Tu”

Pelakon terkenal, Syafiq Kyle menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Vellfire buat keluarganya. @zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX […]

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Wed, 2 May 2018

Diva AA Teringin Jadi Senator

Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu…

error: Content is protected !!