Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 19, 2023 @ 4:31pm

[VIDEO] Hariz Hamdan Pernah Terima ‘Gangguan’ Di Set Penggambaran – “Perempuan Ada, Lelaki Pun Ada”

Pelakon Hariz Hamdan, 21, menceritakan semula momen buruk menerima gangguan seksual ketika berada di set penggambaran.

Menurut pemilik nama Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, ia bukan sahaja dibuat oleh wanita tetapi lelaki juga turut berani untuk melakukan perkara terbabit menerusi gangguan secara lisan.

“Saya pernah lalui pengalaman menerima gangguan seksual set penggambaran, perempuan ada dan lelaki di juga ada. Setakat ini, gangguan yang dilakukan secara lisan.

“Ada yang secara terbuka gemar memuji tubuh saya dan lebih teruk, mereka minta melakukan perkara tidak senonoh dan pelik. Jadi untuk elak rasa kekok, saya anggap mereka bergurau.

“Tapi pada masa yang sama, saya elakkan diri untuk bertemu dengan mereka. Saya elak untuk terlalu rapat dengan pelaku supaya perkara terbabit tidak berlarutan dan saya pun tak mahu mereka ganggu lagi,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, pelakon Terlerai Noktah ini lebih suka untuk tidak mencampuri urusan peribadi orang lain ketika berada di set penggambaran.

“Saya dibayar untuk berlakon. Jadi ketika di set saya hanya memberi tumpuan untuk berlakon dan tak mahu ambil tahu urusan peribadi orang lain.

“Bukan bermaksud saya nak jadi kera sumbang, saya bertegur sapa dengan pelakon dan kru produksi lain tetapi kalau boleh saya nak elak untuk campur urusan peribadi orang kerana bagi saya, kerja adalah kerja. Kerjaya lakonan menjadi keutamaan saya,” katanya.

Hariz ditemui usai acara larian Meta Time Trial Asics Malaysia yang berlangsung di Cyberjaya pada Ahad.

Menjadi wajah jenama Asics mewakili negara Malaysia, Hariz bergandingan dengan pelakon popular negara jiran, Pon Nawasch yang mewakili Thailand dan bintang-bintang lain.

“Saya bersama Pon dan bintang-bintang terkenal dari negara-negara Asia Tenggara lain seperti Filipina, Singapura dan Vietnam menjadi duta bagi jenama ini.

“Saya bangga dapat berdiri sebaris dengan mereka. Dalam acara ini, kami menamatkan larian 10 kilometer bersama hampir 3,000 peserta lain,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Jul 2019

Myokymia Boleh Ganggu Tumbesaran

Menggeletar sebelum dia disahkan positif mengalami penyakit Myokymia

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Tue, 20 May 2025

Hina Siargao Akan Musnah Dilanda Taufan, Ben Amir Naik Angin – “Manusia Memang Suka Cakap Benda B*doh”

Ben Amir tempelak individu tak sensitif dakwa Pulau Siargao, Filipina kena taufan

Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Featured Sat, 11 Oct 2025

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Featured Tue, 3 Jan 2023
error: Content is protected !!