Hiburan By: Khairil Khusyairi November 23, 2023 @ 7:20pm

“Saya Tak Fikir Orang Yang Sedang Bergembira Lupa Pada Isu Semasa” – Beto Kusyairy

Pelakon Beto Kusyairy mengakui terdapat ramai pihak yang mempersoalkan dan mengecam tindakannya untuk turut serta dalam konvoi solidariti sehingga terbabit kemalangan.

Beto mengaku dia tidak boleh hentikan persepsi setiap manusia biarpun umum tahu apa tujuan asalnya untuk menyertai konvoi tersebut.

“Soal persepsi ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Memang mustahil nak puaskan hati semua orang. Masa saya kemalangan baru-baru ini, orang tak tahu cerita sebenar.

“Bila keluar artikel di pelbagai platform media, orang kutuk kata saya suka-suka pergi berkonvoi. Ada yang salahkan jalan licinlah dan tanya kenapa nak ikut konvoi dalam hujanlah?

“Ada yang tanya kenapa nak solat hajat sampai ke Ipoh walhal boleh solat hajat di rumah saja? Nak tunjuk kepada Allah atau manusia?

“Pendek kata macam-macam yang saya kena walaupun orang tahu tujuan asal saya sertai konvoi itu untuk solidariti Palestin,” katanya.

Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini lagi, dia tidak mengambil pusing dengan cakap-cakap netizen yang negatif.

“Disebabkan itu, orang tak tahu cerita sebenar. Tak akanlah kita nak jelaskan semua benda kepada umum? Jadinya, dari situ kita boleh lihat, bila dah toksik, dah negatif minda dan hati mereka, kita pun tak boleh nak buat apa.

“Memang begitulah manusia, akan ada sahaja benda yang tak puas hati. Tapi saya mengambil pendekatan untuk ‘lantakkan’ saja. Sebab yang penting niat kita baik.

“Kita nak bersolidariti, nak tunjuk kita tak setuju dengan apa yang terjadi di Palestin. Ini (aktiviti konvoi solidariti dan solat hajat) usaha kecil yang kita boleh buat untuk bantu uar-uarkan pada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Beto berpendapat setiap orang yang sedang berhibur pasti tidak lupa mengenai isu semasa. Malah menyeru agar semua tidak lupa nasib saudara Islam di bumi Palestin.

“Dalam keadaan sekarang yang mana orang sedang bersolidariti, jadi mungkin orang ramai kurang fikirkan mengenai hiburan.

“Ia akan ada persepsi. Bila tengok orang pergi pawagam tonton filem, tengok orang lain bergembira ramai fikir kita lupa pada apa yang terjadi di Palestin.

“Saya tak fikir orang yang sedang bergembira itu lupa pada isu semasa. Tak akanlah kita sampai tak boleh nak buat aktiviti sendiri bukan?

“Pada masa yang sama, kita semua sama-sama tak lupakan saudara Islam di Palestin,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Wings

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy Semakin Pulih, Syukur Rakan Konvoi Sudah Sedar

Beto ditemui di majlis tayangan perdana filem magiK di TGV Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun belum sembuh sepenuhnya dan belum boleh berjalan seperti biasa, namun Beto tetap memberikan sepenuh komitmen demi mempromosikan filem terbitan 42nd Pictures Sdn Bhd itu.

“Saya jayakan filem ini kerana mahu bekerjasama dengan pengarah Yasu Tanaka. Tema filem ini juga sangat menarik kerana ia memaparkan kisah orang kurang upaya (OKU) pendengaran. Saya berharap filem ini mendapat sambutan yang baik kelak,” katanya.

Selain Beto, filem lakonan Nadia Aqilah, Qisya Hairulzain, Ruminah Sidek, Nam Ron dan ramai lagi bakal ditayangkan bermula 30 November 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Adam Shahz Bawa Grab Untuk Lakonan Atau Cari Makan

Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon”

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

Kisah Viral Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila goyah?

Moga khabar angin ini tidak betul dan rumahtangga pasangan selebriti ini baik baik sahaja ya

familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Giliran Amani, Que Haidar ‘Sekolahkan’ Produser Terkenal

Itu lebih penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang!