Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 2, 2019 @ 12:55pm

Jabatan Pendidikan Negeri Perlu Siasat Dakwaan Soalan PT3 Bocor -KPM

abatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu menjalankan siasatan sekiranya dakwaan kononnya kertas soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bocor yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp benar.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran kertas soalan itu boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan terletak di bawah pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

“Dalam hal ini, personel (kakitangan) yang menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, wajib mematuhi setiap prosedur penjaminan kualiti termasuk memastikan keselamatan kertas soalan,” katanya.

KPM berkata, pengendalian PT3 adalah sama seperti pengendalian peperiksaan akhir tahun sekolah.

Katanya, Lembaga Peperiksaan berperanan sebagai penyedia kertas soalan dan menetapkan format pelaporan, manakala sekolah berperanan mentadbir PT3 yang merangkumi penerimaan kertas soalan, mencetak, melaksanakan pentaksiran, memeriksa kertas jawapan, mencetak dan mengeluarkan pelaporan serta melaksanakan penjaminan kualiti.

Memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, semua kakitangan pentadbiran dan pentaksiran adalah bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan itu, katanya.

“Sewajarnya, kertas soalan dan panduan penskoran PT3 hendaklah disimpan di bilik berkunci dalam almari besi berkunci di sekolah. Bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan, pergerakan kertas soalan dan panduan penskoran mesti direkodkan,” katanya.

Semalam, KPM menafikan dakwaan kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula pada 10 Okt ini akibat soalan bocor.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 semalam bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Nov 2019

Beruang Matahari Diselamatkan Dari Rumah Panjang Di Betong

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam. Bagaimanapun tiada tangkapan […]

Hiburan Tue, 21 May 2024
Featured Tue, 9 Jan 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Ibu Amy Search Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Amy Search, Fatimah Idris meninggal dunia jam 6 petang semalam. Perkhabaran duka ini dikongsi oleh Amy menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam. “Doakan ibu saya, Hajjah Fatimah […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
error: Content is protected !!