Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 23, 2023 @ 4:37pm

Lebih Bebas Berkarya Solo, ‘Deru’ Identiti Baru Fendy Caliph Buskers – “Hampir Pecah Otak Nak Dapat Idea”

Mahu lebih bebas berkarya dalam kerjaya seni, Fendy memilih ‘Deru’ sebagai nama baru dalam proses penjenamaan semula identiti sebagai ahli band Caliph Buskers.

Mengakui tidak sukar dan ‘pecah otak’ untuk memperkenalkan identiti terkini sebagai Deru, Fendy bagaimanapun tidak berputus asa dan mahu terus menghasilkan lagu-lagu berkonsepkan ‘galau’ dan menyentuh jiwa pendengar.

“Paling mencabar dalam kerjaya seni saya sebab boleh dikatakan proses penjenamaan Deru ini saya lakukan sendiri, kena cari arranger (penyusun muzik), buat lagu, lirik. Nak pecah otak juga dibuatnya sebelum dapat idea bernas,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan nama Deru itu, Fendy berkata perkataan tersebut membawa maksud ‘kebebasan’ yang menggambarkannya sebagai seorang penyanyi yang mahu bebas berkarya.

“Deru nama yang spontan kami dapat. Saya memilih untuk menggunakan satu perkataan melayu, tak nak guna nama Fendy dan mahukan nak konsep perkataan tu lebih kepada ‘bebas’.

“Jadi Deru ini melambangkan angin yang bebas, bebas untuk berkarya. Sesuai dengan musik Deru yang juga merupakan singkatan untuk Dimensi Entiti Revolusi Universal, merujuk kepada manusia,” tambahnya.

Sementara itu, Fendy menafikan wujud sebarang konflik dalaman antara dia dan anggota Caliph Buskers hingga membawa kepada munculnya Deru.

Fendy Caliph Buskers

Sebaliknya, Fendy berkata band Caliph Buskers tidak pernah melarang mana-mana ahlinya untuk membawa haluan sendiri atau memperkukuhkan karya solo mereka sekiranya tiada persembahan bersama yang perlu dilakukan.

“Antara kami masing-masing ada karier solo sendiri. Kami tak akan kacau kerja solo. Malah kami sangat mengidolakan kumpulan Exists dimana semua ada kerjaya sendiri.

“Jadi kami tak ada masalah dalaman atau apa-apa isu. Sekiranya ada show memerlukan Calpih buskers, kami tetap akan bersatu,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu barunya, Antipati baru-baru ini.

Pertama kali muncul dengan identiti Deru, Fendy juga telah melancarkan lagu terbaharunya, ‘Antipati‘ hasil ciptaan sepenuhnya Fenalia, iaitu nama gabungan Fendy dan anaknya, Nur Azalea Zafirah, 8, berkisahkan pengkhianatan dan patah hati dalam perhubungan.

Artikel Berkaitan: “Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 13 Jul 2019

Langkau Sempadan, ABPBH 32 Masuk Dua Kategori Baharu!

Siapa agaknya yang bakal memegang gelaran Bintang Paling Popular tahun ini? Tazabar!

Featured Fri, 23 Dec 2022

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial. @bebetterforfuture ALLAHU #hijrah #ria #nabilneelofa #dakwah #hambaallah ♬ a thousand years – favmusicvibes Video […]

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

Hiburan Tue, 3 Oct 2023