Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 23, 2023 @ 8:03pm

“Saya Yang Tulis, Bukan Admin” – Ramai Tak Percaya Bila Ben Amir Sering Lepas Geram di X

Pelakon Ben Amir mendedahkan ramai yang tidak percaya apabila dia sering melepaskan geram di aplikasi X.

Mendedahkan dia sendiri yang menulis semua ciapan di laman sosial terbabit, Ben mengaku mempunyai ‘perangai’ yang berbeza di platform X.

Ben Amir sering lepas geram di X

“Saya mempunyai personaliti yang berbeza di aplikasi X apabila kerap membuat luahan terhadap sesuatu perkara yang berlaku disekeliling saya.

“Kadang-kadang ramai yang tak percaya dan bertanya, ‘Ben, kau ke yang tulis tweet tu?’. Ya, memang saya yang tulis, bukan admin media sosial saya atau orang lain,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perangai Elok Sikit Cb! Selalu Yang Kepam Banyak Bunyi,” – Luah Rasa Berang, Ben Amir Tuju Pada Siapa Tu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Suka Wanita ‘Baddie’, Pandai Masak & Suka Ketawa” – ‘Tweet’ Ciri Wanita Idaman! Ciapan Ben Amir Cari Calon Isteri Tarik Perhatian Warganet

Tambah Ben, kadangkala dia rasa seronok apabila sesekali menjadi ‘netizen’ di aplikasi terbabit dan meluahkan rasa geram atau buah fikirannya mengenai sesuatu perkara.

Ben Amir seronok jadi ‘netizen’

“Kadang-kadang, saya rasa seronok untuk menjadi netizen di platform terbabit di sebalik kehidupan sebagai selebriti. Jika di Instagram, saya cuma guna untuk muat naik kandungan mengenai kehidupan peribadi, percutian dan berkaitan kerjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

“Tapi di aplikasi X, saya gunakan untuk meluahkan apa yang saya fikir atau nampak ketika itu. Seronok juga sesekali jadi netizen. Saya tidak takut untuk lantang di sana, followers pun semakin ramai,” katanya.

Ben ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baju Melayu, Eastana Exclusive di Ampang pada Rabu.

Dalam pada itu, Ben agak selektif untuk memilih jenama yang mahu diwakilinya kerana mementingkan kualiti.

“Saya memilih kerana mahukan yang terbaik. Sama seperti jenama ini, ia menonjolkan baju Melayu dengan kualiti yang bagus, jadi saya bersetuju.

“Selain baju Melayu teluk belanga dan baju Melayu cekak musang, jenama ini juga menjual kurta dan baju Melayu kanak-kanak,” katanya.

Selain Ben, pelakon Fattah Amin juga turut dilantik sebagai duta kepada jenama ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody […]

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Setahun Lawan Kanser, Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Anak Di Bulan Ramadan – “Walau Sakit, Dia Tak Pernah Menyusahkan”

Suami Amyza Aznan, Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail.

Hiburan Thu, 22 Jan 2026
Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Jutawan Alha Alfa Selamat Bertunang

Sama cantik sama padan… Tahniah Datuk Alha Alfa & pasangan!

error: Content is protected !!