Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 30, 2018 @ 12:12pm

Jutawan Alha Alfa Selamat Bertunang

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Noor Azlin Ismail, semalam.

Majlis pertunangan usahawan berusia 30 tahun itu diraikan di sebuah hotel yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan.

Pada majlis itu, keluarga usahawan berkenaan menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh sebagai simbolik ikatan pertunangan.

Keluarga kedua-dua pihak turut sepakat memilih tarikh 29 September 2019 sebagai detik penyatuan mereka sebagai suami isteri.

Dalam pada itu, menerusi perbincangan antara kedua-dua keluarga juga, pihak perempuan akan menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran pada majlis akad nikah mereka, tahun depan.

Menurut Alha, kehadiran Azlin melengkapkan hidupnya, apatah lagi majlis pertunangan itu lebih manis apabila ia berlangsung pada hari kelahirannya.

“Hari ini, saya anggap sebagai hari permulaan buat saya pada fasa baharu, dalam mempersiapkan diri sebelum memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Kami berkenalan sejak 2015 dan selepas masing-masing bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, saya terus berbincang dengan keluarga untuk meminangnya.

“Alhamdulillah, hubungan kami akhirnya menuju ke arah yang lebih baik. Lebih penting, keluarga juga merestui apa yang kami rencanakan,” katanya kepada BH Online.

Pada majlis berkenaan, masing-masing kelihatan menawan dengan Alha menggayakan baju Melayu rekaan Ezuwan Ismail, manakala Azlin pula menyarungkan gaun Amaze Atelier.

Alha turut mendapat kejutan daripada keluarga yang meraikan hari lahirnya bersama-sama bapanya, Mohd Al Fadzil Hashim, 57, dan adik, Norshimma Hanim, 27.

Pelakon terkenal, Zara Zya, turut hadir pada majlis terbabit sebagai pengapit Azlin.

Alha Alfa ialah penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Oktober lalu. -BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 21 Mar 2018

Newest Recreational Landmark Opens in KL and Responses are Overwhelming!

A new hot spot for family outings has opened up in Kuala Lumpur.

Hiburan Fri, 11 May 2018

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Thu, 15 Jan 2026

“Sampai Bila Nak Anggap Saya Budak?” – Mia Sara Nasuha Luah Penat Dilabel Pelakon Cilik

Pelakon Mia Sara Nasuha gagal menahan sebak sebaik sahaja meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang melihatnya sebagai pelakon kanak-kanak, meskipun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Kenapa agaknya Tilla tak nak tengok Sam kurus?

Featured Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!