Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 26, 2023 @ 3:13pm

Nora Danish Elak Beri Komen Isu Viral – “Lebih Baik Tengok Dan Diam Sahaja”

Aktres jelita, Nora Danish lebih memberi keutamaan terhadap keluarga serta memilih untuk mengawal kelakuan dan percakapan agar terhindar daripada sebarang kontroversi.

Menyedari dirinya sudah berumah tangga dan bergelar ibu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tidak minat untuk memberi respons terhadap apa-apa isu yang viral.

“Disebabkan saya ada anak, jadi minta jauh daripada terpalit dengan sebarang isu. Saya akan cuba elak daripada bercakap mengenai sesiapa atau menimbulkan sebarang isu.

“Keutamaan lebih kepada keluarga sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya lebih sedar keluarga adalah segala-galanya,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, Nora memberitahu dia akan berfikir masak-masak sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial kerana bimbang akan dikecam netizen kelak.

“Bagi saya, netizen sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muat naik sesuatu dalam media sosial akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.

“Saya lebih selesa dan fokus apa yang patut sahaja. Kalau tak perlu, saya takkan muat naik apa-apa dalam media sosial. Berkenaan isu semasa pun saya jarang komen sebab takut perkara itu berbalik kepada diri sendiri,” katanya.

Akui takut terkena karma, pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu hanya mengikuti isu semasa dan bersuara apabila perlu sahaja.

“Kadang-kadang kalau lantang cakap mengenai hal orang, kalau kena pada diri barulah tahu. Sebab itu, saya lebih mendiamkan diri dan bercakap bila perlu sahaja. Isu semasa selalu sahaja tengok, tapi saya tak bersuara. Lebih baik tengok dan diam sahaja.

“Jangankan selebriti, orang lain pun saling bergaduh kalau di lihat dalam media sosial. Kadang-kadang bila tengok tak tahu hendak cakap apa. Sekarang ini pula zaman media sosial, jadi pelbagai perkara atau isu yang timbul,” ujarnya lagi.

Teraju utama sitkom Puteri itu kini tidak lagi menerima tawaran berlakon untuk drama disebabkan kekangan masa, lokasi dan cerewet memilih watak dalam sesuatu naskah.

Nora bagaimanapun masih mempertimbangkan tawaran lakonan bagi filem atau telefilem.

“Sejak itu, saya lebih hadkan pembabitan dalam dalam lakonan. Kalau filem atau telefilem, saya masih boleh pertimbangkan, tapi untuk drama terpaksa tolak walaupun tawaran semuanya bagus,” katanya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2026

Muat Naik Foto Berbaju Melayu, Jefri Nichol Tegur DMA Islam Minta ‘Stretching’ Sebelum Ambil Gambar

DMA Islam sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto dirinya tampil segak mengenakan baju Melayu lengkap bersampin hitam di media sosial.

Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Fri, 18 May 2018

Ke Mana Hilangnya Aura Ayda Jebat?

Makin lama makin terasa kehilangannya , adakah ingin berehat dari karier seni

Hiburan Fri, 9 Jan 2026

Penampilan Di Mahkamah Dikritik, Dr. Fie Tampil Mohon Maaf – “Tak Sempat Fikir, Baju Semua Masih Dalam Kotak”

Dr. Fie mengakui dia terlalu fokus memikirkan prosiding kes sulh yang sedang dijalankan di mahkamah

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

error: Content is protected !!