Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2024 @ 7:55pm

Single Berada Di Kedudukan No 1 Carta Lagu Radio Indonesia, Roslan Shah Bersyukur & Terharu… Bakal Muncul Buah Tangan Baharu Ogos Nanti

Penghibur serba boleh, Roslan Shah bersyukur single Rojak Maznah Ke Tuu berada di kedudukan nombor satu carta lagu di Radio Cakra FM, Bandung atas hasil undian peminat.

Menurut Roslan, dia terharu lagu itu mendapat sambutan di Indonesia dan mempunyai kelompok peminat tersendiri di sana.

“Ini semua merupakan rezeki yang tak diduga yang diberikan Allah sehingga lagu Rojak Maznah Ke Tuu sampai ke tahap ini. Berada di kedudukan nombor 1 di Radio Cakra FM, Bandung atas hasil undian peminat di sana membuatkan saya bersyukur. Lagu ini dicipta oleh Dickry dari Indonesia dan Akie The Flow dari Singapura.

“Tak sangka lagu ini disukai peminat kerana irama catchy dan lirik yang lucu. Pada mulanya, lagu ini dipromosikan di Batam, Riau. Sejak itu, radio-radio lain di Jakarta dan Bandung meminta lagu itu dari Dickry dan Akiey.

“Apabila pihak pengurusan artis di Indonesia, Hafiz Maulana memberikan lagu Rojak Maznah Ke Tuu, pihak radio di sana suka dengan lagu ini.

“Pada awalnya, lagu ini berjaya masuk carta dan berada di tangga ke-15 dan lama kelamaan, ia mendaki carta, sehingga berjaya meraih tempat pertama. Saya rasa terharu dan terkejut dengan penerimaan ini,” katanya.

Tambah Roslan, dia bakal berkunjung ke Bandung atas undangan stesen radio di sana serta bakal bertemu peminat Indonesia yang selama ini menyokong.

“Insya-Allah, pada bulan Jun ini, saya akan ke Bandung atas undangan mereka. Saya akan berjumpa dengan peminat yang selalu mengundi lagu saya di sana. Saya rasakan ini hikmah untuk saya yang sentiasa bersabar menghadapi cacian haters.

“Jika arwah ibu saya masih ada, pastinya dia menjadi orang yang paling gembira dengan berita ini. Kalau dia masih ada, ibu menjadi insan yang sama-sama menadah tangan dengan saya bersyukur sekiranya ada berita gembira. Saya masih ingat dengan pesanan arwah ibu yang mahu saya terus memandang ke hadapan tanpa menghiraukan kata-kata nista orang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Roslan turut mempunyai perancangan untuk muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika diizinkan oleh Tuhan, saya akan merakamkan single terbaharu selepas lagu Rojak Maznah Ke Tuu dan saya masih mengekalkan khidmat komposer sama. Jika tiada aral melintang, saya bakal ke studio rakaman pada Julai nanti dan single itu akan menemui peminat pada Ogos,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Retrospektif Showcase Jadi Persembahan Istimewa, Afgan Bakal Bertemu Peminat Malaysia 5 Disember Ini!

Afgan Retrospektif Showcase akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Featured Wed, 20 May 2026

“Mereka Scammer! Gambar & Content Curi Dari Akaun Sebenar Saya” – Yusry

Yusry memaklumkan, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan foto dan juga kandungan yang diambil dari akaun sebenar miliknya.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

Featured Mon, 9 Jan 2023
Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

error: Content is protected !!