Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir January 9, 2023 @ 1:59pm

Teruja Berlakon Bawah Arahan Syafiq Yusof, Chacha Maembong & Fify Azmi Puas Buat Babak Aksi!

Pelakon Chacha Maembong dan Fify Azmi bakal beraksi bersama dalam drama Special Force Anarchy arahan terbaharu pengarah Syafiq Yusof.

Drama bersiri yang padat dengan aksi dan penyiasatan terbitan Skop Productions disiarkan secara eksklusif dan boleh ditonton di strim Disney+ Hotstar mulai 14 Januari ini.

Menurut Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Rohani Ismail, dia dan Fify menjayakan watak sebagai adik-beradik yang terlibat dalam misi khas dan agak mencabar.

“Terus terang, saya akui rasa amat teruja dapat terbabit dalam drama Special Force Anarchy ini, selain pastinya ia kerjasama kali pertama saya dengan Fify yang sudah pun lebih dulu dikenali sebagai pelakon aksi.

“Selama aktif berlakon drama, saya belum pernah lagi berlakon dengan Fify. Tapi, tahu juga namanya disebut-sebut antara pelakon wanita yang gempak apabila buat aksi. Justeru, saya teringin nak bekerja dengan dia,” katanya.

Mengulas mengenai perasaan iri hati Chacha terhadap kemampuan Fify beraksi, dia percaya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Dia ada kelebihan dia dan saya ada kelebihan saya. Jadi, apabila kami bergabung semestinya masing-masing ada cara sendiri dan akhirnya dapat membentuk satu pasukan kerja yang baik,” jelasnya.

Tidak kurang hebatnya, Fify memberitahu Chacha sangat berusaha untuk memberikan yang terbaik buat lakonannya dan bersungguh-sungguh ketika bekerja.

“Seronok bekerja dengan Chacha kerana kami kawan baik dan sudah kenal lama. Tak susah pun untuk kami wujudkan keserasian ketika bekerja dan membentuk lakonan masing-masing. Kami saling membantu.

“Chacha juga suka bertanya dan kami mudah bertukar pendapat. Walaupun Chacha dah lama jadi pelakon berbanding saya, tapi kami sekepala dan tiada langsung rasa siapa yang lama, siapa orang baharu. Kami bekerja dalam situasi cukup best,” ujarnya.

Tambah Fify, dia teruja dapat berlakon bawah arahan Syafiq Yusof dan berasa sangat puas dapat beraksi serta bermain dengan peralatan.

“Saya amat teruja dapat peluang bekerja kali pertama dengan Skop Productions. Begitu juga Syafiq, seorang pengarah yang bagus kerana dia mempunyai banyak idea serta amat membantu pelakon di lokasi.

“Saya memang suka aksi. Jadi, pembabitan dalam drama Special Force Anarchy ini banyak memberi saya bermain dengan peralatan dan pada masa sama, kena bijak mengawal tenaga. Apapun, saya dan Chacha sudah membuat yang terbaik untuk drama ini,” katanya lagi.

Fify atau nama sebenar Nur Afiqah Mohamed Azmi pernah meraih trofi Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) untuk filem Wira dan dia berharap drama Special Force Anarchy mendapat sambutan baik penonton.

Selain Chacha dan Fify, Special Force Anarchy turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Puteri Aishah, Hasnul Rahmat, Steve Yap, Anas Ridzuan, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Siri original Disney+ Hotstar yang mempunyai tujuh episod mengisahkan perjalanan pegawai polis wanita, Iman yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat satu kes rompakan bank terancang.

Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan Iman mempertemukan dia dengan kumpulan penjenayah berbahaya dan licik sehingga membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah semuanya dan apakah itu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] “Sekarang Pilih, Nak Saya Atau Amira Dijadikan Menantu?” – Erma Fatima Sakat Ibu Fattah Amin

Erma kelihatan mesra duduk bersebelahan dengan ibu aktor popular, Fatah Amin iaitu  Azizah Abdul Ghani sambil melihat balang kuih yang baru sahaja diterima.

Drama Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Penuh Aura Bintang, Ini Peserta Bertuah Mara Ke Peringkat Top 20!

Top 20 XTRA XSTAR 2025 undian bermula pada 23 September ini!

LIFESTYLE Sat, 12 Jan 2019

Makan Sushi Boleh Melindungi Dari Penyakit Bahaya?

Bahan Utama Dalam Kebanyakkan Sushi Boleh Melindungi Anda Daripada Beberapa Risiko Penyakit Berbahaya

error: Content is protected !!