Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2023 @ 7:33pm

Kurang Selesa Nama Dikaitkan Dengan Alif Teega, Alif Satar Segan Pujian Datang Daripada Benda Negatif – “Saya Pun Tak Tahu Pengakhiran Macam Mana”

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar berasa tidak selesa apabila namanya terpalit dengan isu rumah tangga melibatkan pempengaruh  media sosial, Alif Teega.

Memetik laporan Harian Metro, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata,  pujian yang diterima oleh pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang memujinya sebagai contoh lelaki terpuji diterima positif.

“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

“Sebenarnya, saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

“Saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, ayah kepada tiga orang cahaya mata ini mengambil isu tersebut sebagai peringatan buat dirinya.

“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri.

“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?,” jelasnya.

Sebelum ini, Fadzilah Kamsah menerusi ciapannya di platform X memuji tindakan Alif yang disifatkan sebagai seimbang dunia dan akhirat.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan.

“Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidup seimbang dunia akhirat . Alhamdulillah,” Ciapnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 May 2021

Penampilan Terkini Keluarga Wardina Saffiyah Di Australia Curi Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu nama pelakon Wardina Saffiyah seringkali menjadi kegilaan ramai anak muda terutama peminat sitkom Spanar Jaya. Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di […]

error: Content is protected !!