Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 28, 2023 @ 4:47pm

Hilang Suara… Doktor Pakar Sarankan Siti Nordiana Tidak Bercakap, Kes Perbicaraan Ditangguhkan

Peguam kepada penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan perbicaraan kes saman terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan susulan penyanyi berkenaan sukar untuk bercakap, hari ini

Menurut Azlan,  keputusan itu turut mendapat persetujuan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes berkenaan.

“Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.

“Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada esok pagi (Rabu),” katanya.

Memetik laporan mStar, pengurusnya Mohamad Al Anas Osman memaklumkan Siti Nordiana atau Nana mula berdepan masalah suara sejak minggu lalu dan keadaannya semakin parah pada pagi Selasa.

Tambah Anas, Nana turut diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas berjumpa dengan doktor pakar.

Penyanyi itu bagaimanapun tidak digalakkan untuk berkomunikasi secara lisan bagi memastikan keadaannya pulih dengan segera.

“Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang mash menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap.

“Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat,” ujarnya.

Anas turut meminta peminat mendoakan kesihatan Nana agar kembali pulih serta dapat beraksi semula dalam sebuah program nyanyian stesen televisyen berbayar, Ahad ini.

“Dia mash lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana telah memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron, pada 3 Ogos 2021.

Kontroversi itu tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura mendedahkan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam pada itu, Nana turut menuntut pihak penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Malah, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Nov 2024

Digelar Ular & Pandai Putar Belit Cerita, Yuka Kharisma Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Madammu… Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Melampau

Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Wed, 26 May 2021

Baru Berusia 19 Tahun, Kecantikan Melayu Asli Puteri Bongsu Sultan Terengganu Jadi Bualan Ramai

Sejak menginjak usia 19 tahun,  puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ atau lebih dikenali sebagai Tengku Zahra semakin mendapat perhatian ramai. Tengku Zahra merupakan puteri bongsu […]

Featured Fri, 21 Oct 2022

“Jangan Ikut Ye, Mencarut Naik Flying Fox.. Lebih Baik Berselawat” – Netizen Label Ratu Over

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian yang mencuit hati penonton. Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun […]

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Fri, 8 Nov 2024
Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

error: Content is protected !!