Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2024 @ 4:35pm

Digelar Ular & Pandai Putar Belit Cerita, Yuka Kharisma Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Madammu… Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Melampau

Penerbit dan komposer lagu Indonesia, Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mengenai dirinya.

Kata Yuka, kenyataan yang dikeluarkan usahawan itu menerusi sesi live di platform TikTok miliknya baru-baru ini sebagai fitnah melampau dan wajar diambil tindakan keras.

“Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan. Sebab client jenis macam ni tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis di dalam invoice.

“Tapi kali ini saya tak akan bagi muka dan saya akan ambil tindakan yang keras terhadap FITNAH melampau ini,” katanya.

Yuka berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Sedar dengan respons yang diberikan Yuka, Madammu kembali memberikan kenyataan balas apabila memuat naik semula hantaran yang dibuat Yuka menerusi ruangan sama dengan menulis kapsyen ‘Waiting’.

Sebelum ini,  Madammu tampil melondehkan sikap sebenar Yuka apabila meminta orang ramai yang berurusan dengannya supaya mengambil langkah berhati-hati.

Tambahnya, Yuka sebelum ini didakwa mengambil kesempatan terhadapnya ketika berkerjasama dalam penghasilan lagu tema bagi produk kosmetiknya berjudul Wanita Noir yang dinyanyikan oleh Dayang nurfaizah.

Terdahulu, Yuka juga terpalit dengan isu kontroversi membabitkan pelantun lagu Sutera apabila terpaksa membatalkan ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’ seminggu sebelum diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN:“Moga Dia Menjadi Penyanyi Yang Berjaya, Tak Tumpang Populariti Orang Lain &  Hanya Padang Mahsyar Boleh Menjawab”- Aisha Retno

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 4 Jan 2020

10 destinasi menarik di Jogjakarta wajib dikunjungi

Kembara menakjubkan di kota bersejarah Indonesia

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Fri, 20 Jun 2025
Featured Thu, 13 Nov 2025
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

“Saya Pernah Rasa Segan Ada Bapa Kerja Pengawal Keselamatan” – Aliff Syukri Angkat Kisah Peribadi Dalam Filem Pendek Raya ‘Ya, Abah Saya Security’

Filem pendek tersebut memperlihatkan sisi lebih peribadi Aliff apabila mengangkat perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa segan dengan pekerjaan ayahnya.

Featured Tue, 10 Jul 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Caesarean

Kalau nak luka caesarean cepat sembuh, elakkan jenis makanan ini!

Trending Tue, 6 Nov 2018

Ingatkan Sakit Perut Biasa… Rupa-Rupanya Usus Dah Pecah!

Semoga adik Naufal terus kuat dan boleh beraktiviti seperti biasa…

error: Content is protected !!