Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2023 @ 8:05pm

“Ini Merupakan Wake Up Call” – Isu Kelewatan Bayaran KWSP Selesai, Shuib Suntik Wajah Baharu Terhadap Perniagaan

Isu kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syarikat minuman Bubble Bee milik pelawak dan usahawan popular, Shuib yang hangat diperkatakan ramai sudah selesai.

Jelas Shuib, perkara ini dijadikan sebagai pengajaran sebagai majikan dan tetap optimis dalam mengharungi dugaan dalam perniagaan.

“Pihak kami sudah berhubung dengan KWSP bagi pembayaran secara ansuran. Apa yang penting, hampir 300 pekerja kami juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu. Segala permasalahan mengenai KWSP sudah selesai. Pekerja sudah mendapat memo dan kiriman e-mel selain sedia faham mengenai status (pembayaran) KWSP.

“Mengenai isu KWSP yang panas diperkatakan sebelum ini, semuanya diambil sebagai ‘wake up call’ dan ‘cuitan’ buat kami. Ia menjadi satu pengajaran kepada Bubble Bee. Pada masa yang sama, kita kekal optimis dan komited serta positif mengharungi perkara ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kedudukan kewangan syarikat yang dikatakan berdepan dengan beberapa masalah, Shuib menjelaskan mereka kini berada dalam keadaan stabil.

Selepas hampir empat tahun beroperasi, jenama minuman berasaskan madu ini akan melalui proses transformasi konsep dan warna yang menyuntik elemen organik dengan warna hijau namun mengekalkan warna kuning sebagai asas

“Syukur Alhamdulillah, kedudukan kewangan semakin stabil atas sokongan luar biasa berdasarkan hasil jualan dan bantuan pihak bank memandangkan kami adalah syarikat Bumiputera.

“Kini, kami dalam proses tukar konsep baharu. Proses secara berperingkat itu dimulakan dengan outlet di Masjid Tanah, Melaka. Semua cawangan berada dalam proses penukaran konsep baharu dan ia akan berlaku untuk 45 cawangan di Semenanjung Malaysia.

“Kami melakukan kajian, ada outlet yang kurang mendapat sambutan akan kami pindahkan ke dalam pusat membeli-belah.

“Sebenarnya, gerak kerja ‘rebranding’ sudah dibuat sejak awal tahun lagi. Insya-Allah, kami juga bercadang membuka cawangan baharu di Sandakan, Sabah pada tahun hadapan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Featured Sun, 16 Feb 2025
Featured Mon, 3 Mar 2025

Ismail Sabri Yaakob Kini Suspek, SPRM Beku 13 Akaun Bank Bernilai RM2 Juta

Tindakan ini adalah sebahagian daripada siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Featured Wed, 10 Sep 2025
Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

error: Content is protected !!