Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 29, 2023 @ 4:17pm

Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman daripada tiga pertuduhan dadah hari ini.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Hakim Faiz Dziyauddin telah memerintahkan Yasin untuk ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Kata Faiz dalam penghakimannya, mahkamah mendapati penyanyi itu melakukan perbuatan itu sebagaimana ketiga-tiga pertuduhan ke atasnya.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan atas alasan kejadian kejadian pada 24 Mac 2022 tertuduh berada dalam mental tidak waras walaupun sedar perbuatannya namun begitu gejala-gejala mania dialami pada masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu mengetahui perbuatan itu salah dan bertentangan daripada segi undang-undang,” katanya.

Pada 23 Oktober 2023, pihak pembelaan menutup kes selepas satu-satunya saksi mereka iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangan.

Pada 3 Oktober lalu pula mahkamah mengarahkan Yasin untuk membela diri atas tuduhan-tuduhan tersebut selepas mahkamah mendaoati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memberitahu telah menutup kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

Muhammad Amirul antara tujuh saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ketika perbicaraan bermula 28 Ogos lalu.

Yasin juga didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabar Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksima dua tahun, jika terbukti bersalah.

Terdahulu, Yasin didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastic berisi tanah di rumahnya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada jam 5.30 petang.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika disabit bersalah.

Manakala, bagi dakwaan menanam pokok ganja pula pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

‘ Kesederhanaan Dia Buat Saya Selesa,’ – Fasha Sandha

Siapa kita untuk menilai orang lain? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Allah lebih mengetahui segalanya…

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Featured Wed, 1 Oct 2025

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya

Featured Tue, 28 Jun 2022

[VIDEO] “Time Is Dying?”- Hilang di Los Angeles, Marshanda Ditemui Di…

Syukur Marshanda dah ditemui dengan selamat 🫶🏼

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Ingat Dia Bergurau” – Suasana Kecoh Di Fiesta Mega Raya, Roslan Shah Terkejut Peminat Pengsan Lepas Ajak Bergambar

Seorang peminat wanita tiba-tiba pengsan selepas bergambar dengan Roslan Shah.

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

与圈外女友交往1年 李吉汉韩国求婚成功

「全民偶像」Daniel李吉汉在韩国向交往1年的圈外女友求婚成功!

Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]

error: Content is protected !!