Hiburan By: Khairil Khusyairi November 30, 2023 @ 1:23pm

“Mereka Memang Tuju ‘Live’ Itu Untuk Saya, Seolah Saya Berlagak & Artis Perasan Popular” – Siti Nordiana

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memberi keterangan dengan menulis melalui iPad pada kes perbicaraan saman fitnah difailkannya terhadap lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura Badron, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada Selasa, ditangguhkan kepada Rabu berikutan penyanyi itu hilang suara dan mendapat cuti sakit daripada klinik kerajaan.

Dalam prosiding tersebut, Siti Nordiana atau Nana selaku plaintif hanya menjawab setiap soalan diajukan peguam defendan mewakili Lan dan Syura iaitu Azlan Abdul Razak.

“Saya hanya diberitahu ada kontrak tidak disambung.

“Selepas itu sudah tidak ada kontrak duta untuk saya sampai sekarang,” katanya.

Apabila dicadangkan oleh peguam itu adalah anggapannya semata-mata, penyanyi itu bersetuju.

Sementara itu, Nana bersetuju dengan cadangan peguam defendan bahawa siaran langsung di IG itu tidak menyebut namanya secara spesifik dan slanga ‘diorang’ digunakan lima individu terbabit merujuk kepada lebih daripada seorang.

Bagaimanapun, Nana tidak bersetuju bahawa semua bahagian video itu tidak menyebut namanya.

Azlan: Bagaimana kamu merasakan setiap apa yang diperkatakan dalam siaran langsung memfitnah kamu?

Nana: Ia seolah-olah saya seorang yang berlagak. Mereka memang menujukan ‘live’ ini untuk saya.

Azlan: Kenapa kamu rasa reputasi kamu terjejas dengan tanggapan orang ramai?

Nana: Sebab ia seolah-olah mencerminkan saya adalah artis perasan popular.

Azlan: Itu bukanlah kenyataan yang memfitnah kamu?

Nana: Tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan akan bersambung hari ini.

Pada hari perbicaraan terdahulu, pengurus Siti Nordiana iaitu Mohammad Al Anas Osman mendedahkan lima defendan yang memburukkan nama dan imej penyanyi itu banyak kali membuat siarang langsung bagi tujuan menyindir.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sekali ‘Lima Sekawan’ Buat Live Sindir Nana – Pengurus Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Terhadap ‘Lima Sekawan’, Lan Solo & Syura Sedia Beri Kerjasama – “Hitam Jangan Dikeji, Putih Jangan Anggap Suci”

Siti Nordiana, 39, memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021, dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada 11.58 malam 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Trending Wed, 13 May 2020
Featured Fri, 8 Jul 2022

[VIDEO] “Hati Tak Tenteram” – YouTuber ‘Tarik Tudung’ Akui Insaf & Terkesan.. Terima Ugutan Untuk Dicederakan

Teruk kena ugut sampai buat laporan polis! Hm, moga apa yang jadi untuk YouTuber baharu ni jadi pengajaran buat semua content creator kat luar sana ya..

Trending Sat, 8 Sep 2018

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Rasanya ramai kot pernah mengalami situasi yang sama dimana setiap kali pegang besi akan rasa macam direnjat elektrik. Betul tak?

Trending Tue, 27 Nov 2018

18张「只看一眼就知道是做什么的」超高成本创意名片

名片是用来标示个人姓名或所属组织、公司单位及联系方式的小纸片,用于商务场合往来之中,名片若是可以吸引人的目光,便更能达到让人印象深刻的目的。

Featured Sat, 22 Oct 2022

Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

Hmm.. Sabarlah Abang Viva, ini ujian dalam perkahwinan. Apa pun min harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.