Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2023 @ 6:15pm

Bukan Sekali ‘Lima Sekawan’ Buat Live Sindir Nana – Pengurus Siti Nordiana

Pengurus kepada penyanyi popular, Siti Nordiana iaitu Mohammad Al Anas Osman mendedahkan lima defendan yang memburukkan nama dan imej penyanyi itu banyak kali membuat siarang langsung bagi tujuan menyindir.

Menurut laporan mStar, Osman berkata perkara tersebut dilakukan lima sekawan itu tanpa menyebut nama Siti Nordiana.

“Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima.

“Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana (Siti Nordiana) tanpa sebut nama,” katanya.

Osman turut menjawab pertanyaan peguam defendan keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada sebarang tindakan diambil ketika itu.

“Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tetapkan 12 Hari Dengar Kes Saman Fitnah Siti Nordiana Terhadap Lan Solo, Syura & 3 Lagi Individu

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Jawab Isu Saman Fitnah Lima Individu – “Terlajak Perahu Boleh Diundur…”

Terdahulu, Siti Nordiana, 39, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021, dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36; Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada 11.58 malam 20 Julai 2021, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain, menerusi akaun Instagram masing-masing menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Siti Nordiana mendakwa, kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Pelantun lagu Terus Mencintaimu itu juga mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta dimuat naik semula ke akaun Youtube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.

Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.

Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai 2021 melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut semua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook, secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.

Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang […]

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Hafiz Suip Akui Gagal Kawal Sifat Amarah Punca Diri & Keluarga Hancur 

Hafiz Suip Kesal Sifat Amarah Hancurkan Rumah Tangga

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Alycia《嘴》探讨人性恶劣!挑战舞曲展现自我

马来西亚「正义女声」Alycia即将带着新歌《嘴》回归乐坛!MV中的她挑战自我展现舞蹈魅力,透过词曲、旋律与舞蹈的表现让人更能体会固中意义。

Trending Mon, 23 Apr 2018

Video Pendaki Wanita Histeria Tular!

Pemilik akaun FB bernama Kefliz Zakaria memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi ketika kumpulan berkenaan dalam perjalanan turun dari bukit itu.

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

「李连杰的儿子」谢苗24年后长这样?

80/90年代广为人知的武打童星,除了释小龙以外,就是「李连杰的儿子」谢苗了。经过了24年他不仅是名体育老师,偶尔也会参与戏剧演出,让粉丝也不会看不见他。

Featured Sat, 28 Feb 2026

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Anugerah DFKL 2019 Ditonton 5.2 Juta Penonton

Kami cukup berbangga dengan penglibatan mereka sehingga hari ini, kerana ini membuktikan bahawa masyarakat kita amat mengambil berat tentang industri drama tempatan.

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Hiburan Wed, 29 May 2019

High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

error: Content is protected !!