Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 30, 2023 @ 5:39pm

Bertahun-Tahun Simpan Duit, Meerqeen Syukur Angan-Angan Miliki Mercedez Benz G-Class Jadi Kenyataan

Impian pelakon Meerqeen ingin miliki kereta mewah jenis Mercedez Benz G-Class tercapai hasil amalan menabung.

Mula berangan-angan untuk membeli kereta mewah itu sejak di zaman persekolahan lagi, dia mengakui telah bekerja keras bagi merealisasikan hasratnya itu.

“Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah memasang impian membeli kereta dan apa yang diperoleh ini adalah hasil kerja keras. Alhamdulillah saya berjaya capai impian itu.

“Semua ini adalah hasil duit menabung sejak mula bekerja. Apa yang saya usahakan adalah untuk diri dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Meerqeen, pembelian kereta tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kemewahannya.

Dia menyifatkan pembelian Mercedez Benz G-Class itu sebagai hasil titik peluh dan sudah dapat berdikari.

“Saya beli kereta itu bukan untuk memuaskan hati orang lain. Saya ada impian atau ‘goals’ yang saya tetapkan dalam perjalanan hidup saya.

Menurut Harian Metro, terdapat segelintir netizen yang mendakwa nilai sebenar kereta tersebut mencecah RM1.79 juta.

Menyangkal dakwaan tersebut, Meerqeen bagaimanapun mengatakan nilai asalnya tidak mencecah jumlah yang diperkatakan.

“Namun nilai harga kereta itu tidaklah mencecah RM1.79 juta seperti yang diperkatakan orang,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Setiap Kali Solat Saya Berdoa, Jadikanlah Anak-Anakku Soleh & Solehah” – Sambut Hari Lahir, Nur Shahida Kongsi Harapan Di Usia 41 Tahun

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada 14 Mac lalu, Nur Shahida berkongsi refleksi kehidupan yang kini lebih tertumpu kepada keluarga & masa depan anak-anak.

Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Featured Fri, 15 Nov 2024
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi
” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

error: Content is protected !!