Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2026 @ 8:54am

“Setiap Kali Solat Saya Berdoa, Jadikanlah Anak-Anakku Soleh & Solehah” – Sambut Hari Lahir, Nur Shahida Kongsi Harapan Di Usia 41 Tahun

Usahawan selebriti, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 14 Mac lalu dengan penuh rasa syukur, sambil berkongsi refleksi kehidupan yang kini lebih tertumpu kepada keluarga dan masa depan anak-anak.

Menurut Shahida, pada usia sekarang, keutamaan dalam hidupnya bukan lagi soal pencapaian material semata-mata, sebaliknya lebih kepada membesarkan anak-anak dengan didikan yang baik.

“Bila saya berada di usia ini, saya sudah mempunyai anak yang ramai. Dari segi perniagaan, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Alhamdulillah, nak kata bagus sangat itu tidak, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Tambahnya, impian terbesar sebagai seorang ibu adalah untuk melihat anak-anak membesar menjadi individu yang berakhlak baik dan mendengar nasihat.

“Harapan saya supaya anak-anak menjadi insan yang baik. Saya sangat berharap anak sulung saya dapat menjadi pemimpin yang hebat kerana dia mempunyai ramai adik untuk dibimbing,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

Dalam masa sama, Shahida turut berkongsi doa yang sentiasa dititipkan setiap kali menunaikan solat, demi kesejahteraan zuriatnya.

“Setiap kali solat, saya akan berdoa agar keturunan saya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bukan sahaja untuk anak-anak saya, tetapi berterusan hingga ke cucu dan cicit,” katanya.

Berkongsi mengenai perancangan masa depan, Shahida mengakui pendekatan dirinya dalam perniagaan agak berbeza berbanding suaminya, usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurutnya, Aliff merupakan seorang yang berwawasan besar dan sentiasa mempunyai cita-cita tinggi dalam mengembangkan perniagaan.

“Saya dan suami memang berbeza. Dia seorang yang sangat berimpian besar, manakala saya lebih kepada bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.

Bagaimanapun, Shahida turut menyokong impian suaminya untuk membuka sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan barangan berkualiti pada harga mampu milik.

“Suami saya ada impian untuk membuka sebuah mall. Kami berharap ia dapat direalisasikan satu hari nanti, supaya kami dapat menyediakan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua,” katanya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada 2007 dab mempunyai enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
Trending Thu, 11 Apr 2019

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Tulis Juliana, Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang…

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Yasin Makin Sihat & Berisi, Peminat Lega Lihat Perubahan Positif

Perubahan Yasin Sulaiman kini lebih berisi raih pujian ramai

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

黄子佼914来马会粉丝为《FUN TAIPEI》站台

「创意才子」黄子佼将于9月14日来马为《FUN TAIPEI快闪主题馆》站台,并于当天傍晚7时30分,展开唯一一场粉丝见面会。

Hiburan Wed, 18 May 2022

“Saya Memang Bertudung” – Pakai Wig, Normah Damanhuri Tak Mahu Rambut Sendiri Terdedah

Normah Damanhuri mengenakan wig untuk tidak mendedahkan rambutnya sendiri.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Achey Berpadu Suara Dengan Baby Feaaa & Tantari, Lagu ‘Ragam Raya’ Meriahkan Syawal!

lagu Ragam Raya Achey membawa kisah tentang keterujaan menyambut syawal

error: Content is protected !!