Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 30, 2023 @ 4:47pm

Hampir 2 Minggu Bergelar Isteri, Nabila Razali Janggal Dipanggil Puan – “Orang Bagitahu Baru Saya Sedar”

Penyanyi Nabila Razali mengaku dia berasa janggal apabila diberikan gelaran dan dipanggil puan ketika ditemui orang ramai.

Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali,31, berkata, kejadian tersebut berlaku semasa dia membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?

“Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya kepada XTRA.

Nabila memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mendedahkan, sekarang ini tidak ada lagi peminat yang menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi.

“Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi.

“Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai apakah jenis masakan yang ingindihidangkan buat suami tercinta, Nabila berkongsi, sehingga kini dia belum berkesempatan untuk memasak buat suaminya, Nik Iruwan memandangkan jadual kerjanya yang padat.

Namun, dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami tercinta.

“Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tidak sabar untuk masaknya kepada suami,” ujarnya.

Sekadar info, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Raja Afiq Bukan Punca Bekas Teman Wanita Hamil

Katanya bukan dia ang menghamilkan wanita itu , bukan dia dan tidak mengambil tahu kerana tiada kaitan dengannya

Featured Mon, 30 Jun 2025

Lepas Kongsi Juadah Masakan, Kali Ni Riena Diana Tunjuk ‘Morning Text’ Bersama Keith Foo Pula

Kemesraan hubungan antara pelakon Riena Diana dan Keith Foo semakin menyorot perhatian ramai.

Hiburan Tue, 21 May 2019

Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

Wow, mesti happy habis kan Naim. Terbaiklah!

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

香港「最强气势」舞台剧《秘密》3月30日席卷云顶

风靡一时的《溏心风暴》系列核心演员李司棋、米雪、夏雨、阮兆祥携手实力派演员江美仪和刘锡贤于3 月30 日席卷云顶,上演《秘密》舞台喜剧!

error: Content is protected !!