Replicated Draft By: Nabihah November 30, 2023 @ 6:55pm

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut.

Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri.

Namun begitu, seiring berlalunya hari dan waktu kolagen dalam kulit akan berkurangan. Walaupun, kadar penurunan kolagen berbeza bagi setiap individu, namun menurut National Library of Medicine, sebaik sahaja proses pengurangan kolagen bermula, tubuh kita akan kehilangan kira-kira 1% kolagen setiap tahun¹.

Kehilangan Kolagen

Oleh itu, tak kisahlah berapa pun usia kita, kehilangan kolagen merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Nasib baiklah, ada beberapa kaedah yang boleh korang buat untuk bantu mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh.

1. Ambil makanan kaya protein.

Kehilangan Kolagen

Makanan yang kaya dengan asid amino adalah makanan yang boleh diambil bagi mengekalkan kolagen dalam tubuh. Hal ini kerana, asid amino adalah blok bangunan protein yang bertanggungjawab mengembangkan otot, tisu dan kulit.

Contoh makanan yang kaya dengan asid amino adalah daging tanpa lemak, ikan, telur, tenusu dan kekacang.

Lebih baik lagi jika korang ambil bersama makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk proses sintesis kolagen.

2. Mulakan pengambilan suplemen kolagen setiap hari.

Kehilangan Kolagen

Selain mengambil makanan yang kaya dengan protein korang juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen kolagen.

Tak kisahlah sama ada ianya di dalam bentuk kapsul, pil, serbuk atau cecair. Hal ini kerana, suplemen kolagen mengandungi kolagen terhidrolisis yang berfungsi merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen serta dapat meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit selepas pengambilan dalam 90 hari.

3. Elak merokok!

Kehilangan Kolagen

Merokok merupakan satu aktiviti berbahaya. Aktiviti ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan paru-paru tetapi ia juga boleh merosakkan organ lain termasuk kulit.

A 2021 Medical review mendapati merokok boleh menyebabkan serat kolagen dan elastin dalam kulit rosak².

Tambahan pula, merokok membuatkan kulit menjadi kering dan penampilan perokok tampak lebih berusia.

4. Lindungi kulit dari sinaran matahari.

Kehilangan Kolagen

Seperti yang korang tahu, memakai produk perlindungan kulit amat penting bagi melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan berlakunya sunburn.

Walaupun kita berada di dalam rumah & tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung, tetapi cahaya yang ada di ruang dalaman masih boleh menyebabkan kerosakan pada gentian kolagen dalam kulit.

Menggunakan produk pelindung daripada sinaran matahari seperti sunscreen amat digalakkan bagi untuk membantu melindungi kolagen kulit daripada sinaran UV matahari sekaligus, mengurangkan kadar kehilangan kolagen dalam kulit.

5. Pilih produk penjagaan kulit yang memberikan perlindungan kolagen.

Terdapat beberapa bahan yang boleh memberikan perlindungan kolagen pada kulit. Misalnya, Vitamin C.

Kalau korang nak tahu Vitamin C boleh membantu melindungi kolagen dalam kulit kita daripada sinaran Ultra Violet (UV) dan dalam masa yang sama menggalakkan pembentukan kolagen dan menstabilkan protein kolagen.

Jika korang sedang mencari-cari produk penjagaan kulit yang dapat melindungi kolagen, Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect boleh bantu korang.

Kulit lebih cerah dan anjal dengan Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect.

Kehilangan Kolagen

Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect, mengandungi 150X* lebih kuasa Vitamin C dan perlindungan kolagen**.

Diperkaya dengan 10 Super Vitamin seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B3, produk ini turut membekalkan nutrien penting untuk kulit.

Nutrien-nutrien ini diekstrak daripada buah-buahan emas seperti Golden Mango, Golden Peach, Golden Apricot dan Lemon yang memberikan extra belaian pada kulit dan membantu menjadikan kulit kelihatan muda.

Maka, tak hairanlah Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect berkesan untuk mencerah dan menganjalkan kulit seawal 5 hari penggunaan***

Kehilangan Kolagen

Bukan itu sahaja, Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect didatangkan dengan SPF15 (perlindungan kolagen) bagi membantu melindungi kulit dan kolagen daripada sinaran matahari.

Serum badan ini memiliki tekstur yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan rasa melekit dan berminyak. Bau wangi yang ada pada serum badan ini buat kulit terasa segar sentiasa.

Best bila oleskan pada tubuh, kulit jadi lembut dan toing-toing je sepanjang hari.

Dapatkannya sekarang & miliki kulit yang anjal dan cerah berseri!

Didatangkan dalam 3 saiz berbeza iaitu 70ml, 180ml, 320ml, korang boleh dapatkan Serum Badan NIVEA Super 10 Youth Protect di semua cawangan farmasi, Watsons dan Guardian atau di pasar raya yang berdekatan dengan korang.

Pembelian dalam talian juga boleh dilakukan melalui aplikasi Watsons dan Guardian atau melalui NIVEA Official Store di Shopee dan Lazada.

* 150X Vitamin C berbanding dengan NIVEA Intensive Moisture Body Milk

** Dengan SPF 15

*** Dengan penggunaan 2 kali sehari. Diuji pada 32 subjek berumur 18-45 tahun, dari Jan-Mac 2023 oleh Spincontrol Asia Co.,Ltd, Thailand. Keberkesanan berbeza mengikut individu.

Rujukan:

1. Ruta Ganceviciene,Aikaterini I. Liakou, Athanasios Theodoridis, Evgenia Makrantonaki & Christos C. Zouboulis (2012) Jul 1; 4(3): 308–319, Skin anti-aging strategies, retrieved from 16 November 2023 from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3583892/

2. Katarzyna Lipa, Natalia Zajac, Witold Owczarek, piotr Ciechanowicz, Elzbieta Szymanska & irena Walecka (2021) Jan:38 (3):371-376, Does smoking affect your skin? retrieved from 16 November 2023 from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8330869/

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Mar 2021

Akses Tontonan Awal Drama Terbaharu Bagi Pengguna Platform iQiyi Dan Primeworks Studio

Selepas pengumuman kerjasama diantara platform penstriman antarabangsa iQiyi bersama Media Prima Berhad dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), pihak Media Prima yakin bahawa kredibiliti yang ditonjolkan iQiyi dapat membantu mengeksport kandungan dan menggilap bakat tempatan di […]

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

Wahh tahniah Ubai & Shila! Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Mon, 9 May 2022
Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Featured Sun, 2 May 2021

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau. “Alhamdulillah, […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak