Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 1, 2023 @ 2:13pm

Bakal Nikah Dengan Tiko Aryawardhana Esok, Tiada Lagi Nama Sinclair Di Profil Instagram BCL

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah membuang nama ‘Sinclair’ di profil Instagram (IG) miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, sebelum ini BCL menggunakan profil nama @bclsinclair kepada @itsmebcl.

BCL

Susulan itu, tindakannya yang tidak lagi menggunakan nama ‘Sinclair’ itu seakan telah merobek hati ramai pengikutnya.

@lovelive304

Ashraf Sinclair selalu ada dihati BCL, BCL hanya melanjutkan hidup, she deserves to be happy #bcl #bclsinclair #bungacitralestari #ashrafsinclair #lyodra #takdianggap #lyodratakdianggap

♬ Tak Dianggap Lyodra – Sadvibes🥀

Setelah empat tahun menjadi ibu tunggal, BCL bakal bernikah bersama pegawai bank, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah Bali, Indonesia pada 2 Disember 2023.

Difahamkan majlis pernikahan itu hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Sementara itu, dalam satu temu bual bersama media Indonesia, BCL berkata dia tidak akan boleh melupakan arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair dan hanya mahu mengecapi kebahagiaan.

Berita perkahwinannya itu juga telah mendapat restu daripada ibu arwah Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman.

Sekadar info, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Noah, 12.

Artikel Berkaitan: Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilih Tiko Aryawardhana Sebagai Teman Hidup, BCL Jawab Alasan Mahu Berkahwin Lagi – “Bukan Move On, Tapi Juga Ingin Bahagia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Nov 2020

SFMM35: Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Peluang Kedua

Atas faktor kesihatan, Nabila tak dapat buat persembahan.

Hiburan Fri, 10 May 2024
Events Wed, 9 Jan 2019

8TV Sambut Ulangtahun Dengan Aktiviti Amal Kempen CNY So Happy!

Happy Birthday 8TV dan Happy Chinese New Year rakyat Malaysia!

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

“Kenapa Soal Bersentuhan Selalu Ditanya Kepada Wanita Berhijab?” – Kenyataan Hannah Delisha Dipertikai Warganet

Hannah Delisha mempersoalkan sama ada pelakon tidak berhijab boleh bersentuhan

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Bawa ‘Teman Istimewa’ Ke Malam Gala Filem Pontianak 200 KG, Hati Aya Amiruddin Kembali Berbunga?

Wahhh, hati Aya dah kembali berbunga-bunga cinta dengan siapa tu? Hehe

Featured Fri, 30 Sep 2022

“Gedik & Terkinja-Kinja Bukan ‘Tiket’ Dilabel Gay” – Syafiq Naser

Kudos Syafiq! Love betholll tengok watak Ami Amiro tu. Yih!💖💖💖

error: Content is protected !!