Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 29, 2023 @ 8:29pm

[VIDEO] Pilih Tiko Aryawardhana Sebagai Teman Hidup, BCL Jawab Alasan Mahu Berkahwin Lagi – “Bukan Move On, Tapi Juga Ingin Bahagia”

Penyanyi sensasi, Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya tampil membuka mulut berkaitan gosip bakal bernikah lagi bersama pegawai bank, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini.

Malah, majlis perkahwinan mereka juga dikhabarkan bakal berlangsung di sebuah hotel mewah bertempat di Bali, Indonesia.

Menerusi video temu ramah bersama media tempatan Indonesia, BCL berkata perkahwinan tersebut tidak bermakna dia sudah ‘move on’ atas kehilangan allahyarham suami, Ashraf Sinclair.

Jelas BCL, perasaan sakit ketika menghadapi pemergian cinta hatinya itu tidak akan pernah terubat.

“Bukan move on ya, tapi lebih kepada bangkit kembali. Kalau move on, aku rasa sebuah duka seperti ini sampai kapan (bila) pun tidak akan pernah bisa (boleh) move on.

“Tapi bagaimana kita bisa hidup kembali, semangat lagi, bangkit kembali tanpa melupakan, live with the pain.

“Kita pelan-pelan belajar untuk bisa hidup dengan pain dan membuat memori-memori baru yang bisa buat kita bahagia.

“Kan anak juga perlu bahagia, aku juga perlu bahagia supaya anak terus bahagia,” katanya.

Sementara itu, BCL juga berharap majlis perkahwinan bersama kekasihnya itu akan berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, doakan ya teman-teman. Kalau kita punya keinginan, sesuatu dan niat yang baik, Insya-Allah ada jalannya.

“Jadi mudah-mudahan saja. Harapnya jantung aku tenang ya hari itu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, nama BCL hangat menjadi sebutan ramai selepas tular kad jemputan perkahwinan tertera namanya bersama jejaka bernama Tiko.

Malah, berita perkahwinannya itu juga telah mendapat restu daripada ibu arwah Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman.

Sekadar info, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Noah, 12.

Artikel Berkaitan: Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Artikel Berkaitan: Tak Lagi Berselindung, BCL Sambut Raya Berpakaian Sedondon Dengan Kekasih Hati Curi Perhatian Ramai

Sumber: media cumicumi.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Midnight Fusic Umum Konsert Solo Pertama ‘Forevermore 2025’ di Zepp KL 14 September Ini

Selepas lebih sedekad menghiburkan peminat dengan karya terbaik, peminat tak sabar nantikan konsert Midnight Fusic!

Events Sat, 12 Oct 2019

Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Wah, kita doakan yang baik-baik buat pasangan dua sejoli ini okay!

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Trending Tue, 4 May 2021
Featured Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

error: Content is protected !!