Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 3, 2023 @ 1:09pm

Kongsi Momen Akad Nikah, Tiko Aryawardhana Penyeri Hidup BCL – “He Brings Back My Smile”

Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL akhirnya berkongsi momen indah ketika dirinya sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana.

Momen indah itu telah dikongsikan oleh BCL menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut BCL, kehadiran Tiko menjadi penyeri dan pengubat dalam kehidupannya setelah pemergian arwah suaminya, Ashraf Sinclair, sejak tiga tahun lalu.

“Melihat ke belakang, merasakannya kembali. Saat aku bertanya, apakah bahagia itu akan ada lagi? Ya, hari demi hari berlalu.

“Sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan sakit. Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi, akan tetap ada di situ dan terus di situ. But I can’t leave it.

“Dan pada sebuah waktu, hadir seorang ini. This man who also carries his pain on his own journey. Waktu demi waktu dilalui.

“Sakit mulai dibahagi dan aku tak merasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir. Ku mula bisa merasa that I deserve love and happiness,” katanya.

Meskipun kehilangan arwah Ashraf masih berbekas dihati dan tidak akan dilupakan, BCL turut meluahkan ucapan penghargaan kepada Tiko yang kini melengkapi kekosongan dalam dirinya.

“The pain will forever be. But this man, he brings back my smile. He takes me to this place that I never thought I dare to dream about, to go to a place called home.

“You are my good friend, my light in a dark, my partner, my love. Thank you for the letting me be me. Thank you for loving my pain. Thank you for loving me, for all that I am,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Dalam perkongsian tersebut, kehadiran Tiko juga turut disambut baik oleh ahli keluarga Allahyarham Ashraf yang hadir ke majlis intimate itu.

Terdahulu, BCL dan Tiko selamat bernikah di sebuah pusat peranginan mewah di Bali dengan sekali lafaz.

ARTIKEL BERKAITAN: BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 May 2025

Shukri Yahaya, Siti Hariesa & Amerul Affendi Bakal Buka Kedai Kopi Di APW Bangsar?

Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi, dikhabarkan akan membuka sebuah kedai kopi di APW Bangsar bermula Isnin, 5 Mei 2025!

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Haih, macam-macam lah cerita artis sekarang ni.

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Hak Milik Pasaraya Jadi Persoalan, Rosyam Nor Buat Sidang Media Hari Ini

Sama-sama kita nantikan penjelasan usahawan berusia 52 tahun ini…

Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Fri, 29 Jun 2018

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Trending Wed, 3 Dec 2025

DJ Lin, PERISMA Pahang Sokong Inisiatif Yayasan Al Farhain Bantu Golongan B40 Buat Pembedahan Mata Secara Percuma

DJ Lin, PERISMA Pahang sokong inisiatif Yayasan Al-Farhain beri sinar baharu untuk golongan B40.

error: Content is protected !!