Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin December 6, 2023 @ 5:05pm

Belum Sampai Seru, Eyka Farhana Enggan Komen Isu Kahwin Dengan Akhyar Rashid

Teraju utama filem Perjanjian Anak Syaitan 2, Eyka Farhana memaklumkan, dia masih belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.

Katanya, dia dan Akhyar kini sibuk dengan kerjaya masing-masing dan fokusnya kini lebih kepada karier seninya.

“Orang kata belum sampai seru. Kalau tanya pasal itu kami masih belum ada perancangan kerana masing-masing sibuk dengan karier masing-masing.

“Lagipun, banyak lagi impian kami belum tercapai. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana,” katanya kepada XTRA.

Meskipun sudah menjalin hubungan cinta selama empat tahun,  Eyka bagaimanapun memberitahu bahawa dia akan menguar-uarkan kepada umum mengenai hal itu jika masanya telah tiba kelak.

“Nanti kalau sudah sampai masa saya sendiri yang akan memkalumkan kepada umum. Jadi jangan tak datang pula.

“Setakat ini ibu bapa memahami dan tidak pernah bertanyakan mengenai perkara itu,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan karier seninya, Eyka atau nama penuhnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 28, berkata, dia berhasrat untuk melebarkan kerjaya seninya sehingga ke Indonesia pada tahun hadapan.

Sekadar info, selain Eyka Farhana filem Perjanjian Anak Syaitan 2 turut dibintangi pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Alif Satar, Azlan Komeng dan ramai lagi barisan artis popular tanah air.

Filem Perjanjian Anak Syaitan 2 bakal menemui peminat filem seram tempatan di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Dec 2020
Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

Hiburan Fri, 4 Jul 2025

[VIDEO] “Saya Takut Tuhan… Biarlah Hidung Besar Tapi Comel” – Sheila Majid Tolak Ubah Wajah

Shiela Majid takut tuhan, enggan ubah wajah demi nampak lebih muda dan cantik

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Saya Straight” – Rashidi Ishak Tolak Hubungan Songsang

Orangnya kacak, dan sekarang solo…jadi tak hairan lah bila ramai yang ‘cuba’ untuk mendekati hati pelakon Rashidi Ishak setelah duda anak dua ini bercerai dengan Vanidah Imran hampir dua tahun lalu.  Walau bagaimanapun, bukan sahaja […]

error: Content is protected !!