Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2025 @ 4:53pm

[VIDEO] “Saya Takut Tuhan… Biarlah Hidung Besar Tapi Comel” – Sheila Majid Tolak Ubah Wajah

Penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid menegaskan dirinya tidak pernah terdetik untuk menjalani sebarang prosedur kecantikan atau mengubah ciptaan Tuhan demi kelihatan lebih muda atau cantik.

Menerusi podcast Kita Kita Aje, Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 60, berkata beliau lebih memilih untuk menerima seadanya bentuk fizikal yang dikurniakan Allah SWT.

“Saya tak akan buat (ubah wajah) sebab saya takut Tuhan. Allah dah kata jangan ubah apa yang telah diberikan.

“Maaf, tapi saya belum pernah tengok satu pun (hasil prosedur) yang buat saya rasa ‘wah, cantiknya’ sampai nak buat juga. Contohnya hidung saya ni… kalau diubah, muka saya terus berubah. Biarlah besar sikit, tapi comel kan?” katanya berseloroh.

Sheila turut menekankan kecantikan dalaman dan keperibadian seseorang jauh lebih penting berbanding rupa paras semata-mata.

“Kadang-kadang ada orang bukanlah cantik sangat, tapi sebab dia ada adab, sopan santun dan cara pembawaan diri yang menyenangkan, orang tetap suka tengok.

“Tapi kalau hanya cantik pada wajah tapi perangai tak elok, siapa pun tak nak dekat,” katanya lagi.

@kitakitaajepodcast

“Saya Takut Tuhan”, Datuk Sheila Majid. Stay tuned untuk episod seterusnya, bersama Datuk Sheila Majid ✨ 🔥 Eksklusif di Kita-Kita Aje Podcast 📆 Khamis | 3 Julai 2025 ⏰ 8:00 malam Follow & Subscribe sekarang Youtube dan Spotify rasmi Kita Kita Aje! Podcast sekarang! #KitaKitaAjePodcast #SheilaMajid #PodcastViral

♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

Sumber: Podcast Kita Kita Aje

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Tips Dari KKM Untuk Elak Serangan Strok Haba

Cuaca panas ini dijangka berterusan sehingga akhir Mac atau Mei. 10 tempat dalam keadaan berjaga-jaga atau kategori tahap satu kerana catat suhu antara 35 hingga cecah maksimum 37’C selama 3 hari berturut-turut. Cuaca panas paling […]

Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Featured Fri, 5 Jun 2020

Ini Tips Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah!

Jangan main belasah je pilih rumah untuk dibeli ok?

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Hiburan Thu, 23 May 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Mendiang Kemurungan, Suami Kate Spade Luah Rasa…

Andy Spade berkata dalam satu kenyataan di dalam The New York Times bahawa beliau dan anak perempuannya Bea, merasa hancur dengan kehilangan itu dan tidak dapat membayangkan hidup tanpanya.

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Dato Vida Pengumpul Tudung LV Terbanyak Di Dunia

Saya mengisytiharkan saya memiliki crumple shawl LV terbanyak didunia. Memang banyak tak terkira. Saya beli je. Tapi dah macam kain buruk.

Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Tiz Zaqyah Kini Kembali Solo!

Perkhabaran gembira buat mereka yang dah lama menaruh hati dengan pelakon jelita ini!

error: Content is protected !!