Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 19, 2019 @ 11:11am

Tiz Zaqyah Kini Kembali Solo!

Tiada persefahaman punca hubungan pelakon Tiz Zaqyah dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Syed Hafiz berakhir beberapa bulan lalu. 

Sebelum ini, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak tidak lokek berkongsi kisah cintanya apabila memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya sejak Disember tahun lalu.

“Penat terpaksa jaga hati dan perasaan orang lain.

“Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin.  Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan?” keluh Tiz kepada Harian Metro. 

Walau bagaimanapun, pelakon drama bersiri Sara Sajeeda di TV3 itu menafikan dia berserik untuk bercinta, malah dia terbuka untuk berkawan dengan orang lain. 

“Saya tidak serik untuk bercinta lagi selepas ini.  Pada masa sama, saya juga terbuka untuk berkawan dengan orang lain dan mahu buka buku baru,” katanya lagi. 

Terdahulu, Tiz pernah bercinta dengan pelakon yang mendapat jolokan Hero Malaya, Remy Ishak sejak 2011 tetapi hubungan mereka putus pada 2013. 

Kemudian, Tiz berpacaran pula dengan rakan sekolahnya selama beberapa tahun sebelum hubungan itu juga putus di tengah jalan tidak lama dahulu. 

Walau apapun, kudos Tiz kerana tidak pernah menyorok status hubungannya dan kami berharap, jejaka yang mendapat tempat di hati Tiz satu hari nanti akan berakhir di jinjang pelamin!

Saat bahagia Tiz dan Syed Hafiz semasa menghadiri perkahwinan Yaya Zahir Ogos lalu – kredit foto: Instagram @tiz.zaqyah

Kredit Foto: Instagram @tiz.zaqyah

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

Events Wed, 14 Sep 2022
Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Featured Fri, 10 Feb 2023
Featured Fri, 28 Jun 2024
Featured Fri, 6 May 2022

“Suka Hati Dia La… Kau Apa Hal? – Fazley Yaakob Bengang Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

Alahai… orang lain yang tindik hidung orang lain yang panas! ada ja yang tak kena kan dengan netizen ni

error: Content is protected !!