Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2023 @ 12:23pm

“Kalau Boleh Hormat Atau Tegur ” – Azah Aziz Selar Pelakon Baharu Acah Kekwat

Walaupun hampir 20 tahun tidak bergiat aktif dalam industri lakonan kerana bermigrasi ke Kanada, pelakon popular sekitar tahun 90-an, Azah Aziz mengaku banyak perubahan telah berlaku dalam dunia seni tempatan.

Menurutnya, selain tawaran kontrak yang lebih mudah, ramai artis baharu juga kelihatan lebih terurus apabila mereka kelihatan mempunyai pengurus masing-masing.

“Kalau ikut pemerhatian saya memang banyak sangat perbezaan, artis-artis baharu yang ada ni semua bawa pengurus tapi saya pula tak ada (pengurus).

“Lepastu, cara pihak produksi buat tawaran, bayaran… semuanya lebih mudah,”katanya.

Ketika ditemui XTRA pada majlis Tayangan filem Perjanjian Anak Syaitan 2 di GSC Midvalley, Megamall Kuala Lumpur baru-baru ini, pemilik nama penuh Norazah Aziz, 51, memaklumkan, walaupun ramai pelakon baharu yang muncul, namun terdapat segelintir daripada mereka yang bersikap kekwat ketika berada di set penggambaran.

Tambahnya lagi, dia tidak mengharapkan layanan istimewa, tetapi cukup sekadar menyapa tanda menghormati pelakon yang lebih senior.

“Baru-baru ini ada yang kekwat saya cuma perhatikan saja, tapi saya tak akan bagitahu siapa.

“Saya tak kisah atau marah, cuma kalau boleh hormat dan tegur mungkin dia ingat saya ni pelakon tambahan kot..  Tapi, kita bagi dia peluang.. bila dia sedar baru dia datang dekat saya.

“Namun, ada yang saya tidak kenal, tapi mereka ini yang datang kepada saya dan menyapa,”jelasnya.

Terdahulu, Azah menepis dakwaan kononnya dia pulang ke tanah air akibat dicerai suaminya, Daud Leroy Abdullah.

“Yang kecam itu saya dah biasa hadap, tapi yang buat cerita ini yang saya tak faham. Saya tak nafikan, ada yang berspekulasi mendakwa saya pulang ke Malaysia kerana diceraikan suami.

“Selain itu, ada juga manusia yang buat cerita mengatakan saya balik sebab nak aktif berlakon semula.

“Saya jenis yang tak ambil pusing tuduhan orang. Cuma saya hairan macam mana mereka boleh cipta soap opera pasal saya. Apa pun semua ini saya ambil sebagai hiburan, tak sedikit pun mencalar emosi saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Lepaskan Rindu Dunia Lakonan, Azah Aziz Tepis Dakwaan Pulang Ke Tanah Air Sebab Dicerai Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Buat ‘Comeback’ Selepas Dua Dekad Tak Berlakon, Azah Aziz Gemuruh… Syukur Suami Tak Halang

ARTIKEL BERKAITAN: Azah Aziz Pulang Ke Tanah Air Selepas Lebih 20 Tahun Menetap Di Kanada! – “Permulaan Yang Baharu…Anak-Anak Paling Excited”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mewahnya! Azah Aziz Kongsi Rumah Keduanya Di Dubai, Berlatarbelakangkan Menara Burj Khalifa!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azah Aziz Catwalk Curi Perhatian, Buat ‘Comeback’ Selepas 13 Tahun – “Macam Remaja…Ini Baru Legend”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jan 2021
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Makin berseri-seri wajah ibu mengandung ni kan.. Semoga dipermudahkan urusan Intan bersalin

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

KINI MODEL VICTORIA SECRET INI SEMAKIN DIKENALI

Kalau sebelum ini kecoh apabila Neelofa diundang untuk menghadiri Victoria Secret Fashion Show yang berlangsung di Shanghai, China tapi kali ni kami bukan nak highlight story pasal neelofa tau. Kami akan highlight story yang viral seluruh dunia apabila salah seorang daripada modelnya terjatuh ketika catwalk.

Hiburan Mon, 7 May 2018

Dipuji Netizen, Betulkah Intan Liana Makin Cantik?

Beliau mengakui mendapat pelbagai jenis tawaran termasuklah tawaran peragaan dan menjadi model untuk beberapa jenis produk kecantikan

Trending Mon, 3 Dec 2018

Pemandu Grab DiTemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Miliknya

Anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan

Trending Thu, 14 Jun 2018

Solat Sunat Aidilfitri Diawalkan

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sambutan hari raya tidak menjejaskan kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

error: Content is protected !!