Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 6, 2023 @ 4:19pm

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Syarikat rakaman Warner Music mengesahkan kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan mereka ditamatkan.

Menerusi sebuah kenyataan media, Warner Music menyatakan sebab kontrak pelantun lagu Bukan Hal Aku itu ditamatkan.

“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama”, kata kenyataan pihak Warner Music.

Terdahulu, kelantangan Kaka mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin menyebabkan nama ibu anak tiga itu tersenarai dalam sebuah akaun Instagram di bawah nama Jew Hate Database.

ARTIKEL BERKAITAN: Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff Di Warner Music Akan Dibatalkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff Mohon Beri Ruang, Bakal Jelaskan Isu Kontrak Ditamatkan

Tangkap layar mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu juga ditularkan di hantaran Instagram akaun tersebut.

Akaun terbabit turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Featured Wed, 3 Dec 2025

Sharifah Sakinah Mohon Individu Hidap ADHD Tak Ambil Kesempatan Tutup Buruk Diri Sendiri

Sakinah secara terbuka berkongsi bahawa setiap orang berhak mencari sisi positif dalam kehidupan meskipun berdepan cabaran emosi dan mental.

Trending Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

Hiburan Wed, 13 Feb 2019
Trending Fri, 31 Jan 2020
error: Content is protected !!